Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-23T122649.397

Acer Lancar Siri Projektor Laser Vero – Resolusi 4K, Jangka Hayat 30 Ribu Jam

Diterbitkan Mei 23, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Acer telah memperkenalkan siri terbaru untuk produk projektor laser mereka, iaitu siri Acer Vero HL68 yang dipertingkatkan menjadi peranti mesra alam yang berkuasa.

Siri ini terdiri daripada dua iaitu, HL6810ATV dan HL6810.

download (3)
Acer Vero HL6810ATV
Projector-Vero HL6810-04-light
Acer Vero HL6810

Secara ringkasnya, kedua-dua projektor ini dilengkapi dengan resolusi 4K Ultra HD (3840 x 2160) dan keupayaan sumber cahaya kacukan daripada Laser LED bebas merkuri pada kadar 4,000 ANSI lumens dengan kadar segar semula 240Hz.

Jangka hayat pencahayaan pula dijangka mampu untuk bertahan sehingga 30,000 jam.

Selain itu, produk ini juga mampu menyokong HDR10 dengan penggunaan warna yang lebih terang melalui empat tetapan mod seperti mod bola sepak bagi memperlihatkan adegan-adegan permainan yang lebih cerah dan realistik.

Tambahan lagi, projektor ini dilengkapi kebolehan zum sehingga 1.3 kali, penarafan IP, teknologi Acer BlueLight Shield, slot HDMI 2.0 serta menggunakan bahan plastik kitar semula untuk rekaan luar.

{suggest}

Buat masa sekarang, ketersediaan peranti ini hanya untuk penduduk di wilayah EMEA sahaja bermula bulan Jun 2024 pada harga:

  • Acer Vero HL6810ATV = EUR1,699 (~RM8,677.91)
  • Acer Vero HL6810 = EUR1,599 (~RM8,167.14)

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY