Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony wide

Sony Ada Idea Untuk Tolong Pemain “Noob”

Diterbitkan Mei 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Bagi gamer, pasti anda ketahui yang mana setiap permainan video mempunyai beberapa peringkat (level) mahupun boss yang susah ditewaskan.

Ada juga yang sudah berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan permainan tersebut dengan membaca cara-caranya (walkthrough) melalui internet atau YouTube.

Sebagai contoh, siri pemainan Dark Souls, Ghost Of Tsushima atau dalam God Of War ketika menentang Valkyrie Queen.

Disebabkan itu, Sony dikatakan mempunyai idea bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sony Ada Idea Untuk Tolong Pemain “Noob”

Menurut paten yang dijumpai Patent Scope, Sony mengetengahkan idea dimana pemain boleh menghubungi pemain lain yang lebih arif (expert) untuk membantu.

Tambah Sony, mereka memberikan dua kebarangkalian dimana sesiapa sahaja yang mempunyai sesuatu permainan itu dan sudah memainkannya boleh mendaftar menjadi “expert”.

Sementara, pilihan lain adalah pemain itu haruslah mencapai beberapa piawaian dan standard yang ditetapkan bagi menerima sebagai pemain “expert”.

Walau bagaimanapun, persoalan sekarang adalah bagaimana Sony mahu menjadikannya realiti.

Sumber: patent scope via ubergizmo

Foto utama: Sony Reconsidered

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY