Sonny Dalam Perancangan Mengeluarkan Xperia X Compact Dan Xperia XZ

Sony dikhabarkan mengorak langkah untuk megeluarkan versi terbaru peranti telefon pintar mereka iaitu Xperia X, setelah sekian lama bertahan dengan versi Xperia Z. Dikatakan juga Sony akan keluarkan tiga siri Xperia X iaitu Xperia XA, Xperia X dan Xperia X Performance dengan ketiga tiganya memiliki paparan skrin berukuran 5 inci namun memiliki spesifikasi yang berlainan.



Mengikut laman web Sony Czech Republik, mereka telah mengeluarkan beberapa teaser untuk keluaran peranti versi terbaru mereka iaitu Xperia X Compact dan Xperia XZ. Namun tidak ada spesifikasi yang dikeluarkan oleh mereka.







Gambar di atas dikhabarkan gambar Xperia X Compact yang tertiris  di Twitter. Ianya seakan akan menyerupai model F8331. Sony dijadualkan mengadakan sidang akhbar sewatu IFA 2016 pada 1 September ini. Diharapakan kita akan mendapat informasi yang lebih terperinci berkenaan peranti telefon pintar versi Xperia X mereka.