Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snow Cone Android 12

“Snow Cone” Mungkin Adalah Nama Kod Bagi Android 12

Diterbitkan Februari 16, 2021 oleh Amalina Athman

Jika anda mengikuti perkembangan versi Android, semestinya anda tahu setiap tahun Google pasti akan melancarkan kemas kini Android versi terbaru. Namun, tidak seperti tahun sebelumnya, Google tidak lagi menggunakan nama pencuci mulut sejak kemas kini Android 10.

Walaupun begitu, ia masih mempunyai nama kod yang digunakan sebagai rujukan dalam kalangan pembangun sistem operasi tersebut. Tahun lalu, jurutera perisian ada menggelarkan versi Android 11 dengan nama “Red Velvet Cake”.

Kini, laporan XDA-Developers menyatakan Android 12 (Android “S”) mungkin akan digelar dengan nama kod “Snow Cone”. Di Malaysia, Snow Cone dikenali sebagai Ais Kacang yang biasanya dinikmati ketika cuaca panas.

“Snow Cone” Mungkin Adalah Nama Kod Bagi Android 12

Pada masa ini, tiada pengesahan daripada pihak Google mengenai tema pencuci mulut yang digunakan dalam pembangunan untuk Android 12.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY