Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
konsol snapdragon

Qualcomm Akan Umum Konsol Mudah Alih – Hasil Kerjasama Dengan Razer

Diterbitkan Disember 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti sedia maklum, Qualcomm sudah melancarkan cip Snapdragon 8 Gen 1 pada awal pagi tadi. Selain cip pemproses baharu untuk telefon pintar, Qualcomm dilihat bakal memperkenalkan sebuah konsol mudah alih.

Berdasarkan laporan, konsol mudah alih ini merupakan Kit Pembangun (Developer Kit) yang mana ia adalah hasil kerjasama Qualcomm dengan Razer.

Peranti tersebut menawarkan paparan OLED HDR berkadar segar semula 120Hz dan dilengkapi bateri berkapasiti 6000mAh.

Qualcomm Akan Umum Konsol Mudah Alih – Hasil Kerjasama Dengan Razer

Bagi yang terfikir adakah peranti ini hanya memainkan permainan mudah alih seperti Mobile Legends atau PUBG Mobile, anda silap. Hal ini kerana ia dikatakan menyokong Xbox Game Cloud atau menstrim permainan konsol serta PC.

Melihat padanya, berkemungkinan ia pencabar bagi Steam Deck daripada Valve. Selain itu, rekaannya juga mirip sebuah alat kawalan Xbox yang dilengkapi dengan skrin serta kamera pada bahagian tengah. Bahkan, ia turut hadir dengan cip khusus, iaitu Snapdragon G3x.

Apa-apa pun, perincian lanjut mengenainya akan dikongsikan kelak, mungkin pada hari esok.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • Walaupun Boleh Naik Taraf Percuma, Masih Ramai Lagi Tak Guna Windows 11

  • realme GT 2 Pro Akan Jadi Peranti Andalan Premium Pertama realme

  • Pantas, Xiaomi Dah Sedia Nak Lancar Telefon Pertama Dunia Guna Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY