Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy Mungkin 80% Lebih Padu Berbanding Pendahulunya

Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy Mungkin 80% Lebih Padu Berbanding Pendahulunya

Diterbitkan Oktober 23, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy perlu diberikan perhatian apabila cip dari Qualcomm tersebut bakal meningkatkan prestasinya pada tahun ini.

Sebelum ini, dikhabarkan bahawa Adreno 750 yang ditampilkan dalam SoC flagship Qualcomm yang akan datang adalah 40 peratus lebih pantas daripada Adreno 740 dalam Snapdragon 8 Gen 2.

Perkara tersebut terbukti apabila ujian Vulkan dijalankan pada kedua-dua jenis cip pemprosesan tersebut untuk dilakukan perbandingan. Ujian tersebut telah membuktikan bahawa cip Snapdragon 8 Gen 3 terdapat peningkatan nilai dua kali ganda terhadap prestasi cip pemprosesan tersebut.

Exynos 2400 juga mendahului Snapdragon 8 Gen 2 tetapi Snapdragon 8 Gen 3 terus menjadi yang terpantas daripada ketiga-tiga cip ini. Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy sepatutnya diuji dalam penanda aras Vulkan Geekbench 6, dengan keputusan awal menunjukkan bahawa SoC ini 10 peratus lebih pantas daripada GPU Xclipse 940 Exynos 2400.

Walaupun kedua-dua cip pemprosesan tersebut melakukan perkara yang sama dalam OpenCL namun terdapat satu perkara yang selalu dipilih oleh pengkritik iaitu perbezaan antara silikon terkini dengan sebelumnya.

Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy Mungkin 80% Lebih Padu Berbanding Pendahulunya

Menurut ujian yang dilakukan pada Galaxy S23 Ultra, Snapdragon 8 Gen 2 adalah lebih perlahan berbanding Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy dengan kadar 80 peratus lebih pantas. Cip ini mungkin menjadi peneraju prestasi terbesar untuk satu generasi.

Perkara tersebut tidak terdapat pada Apple A17 Pro jika dibandingkan dengan Apple A16 Bionic.

Apa yang lebih menarik untuk diperhatikan ialah ujian Vulkan yang telah dilakukan pada Galaxy S24 Plus dan bukannya pada Galaxy S24 Ultra.

Ujian ini telah membuktikan walaupun sistem penyejukannya mempunyai prestasi yang lebih kecil, namun Snapdragon 8 Gen 3 mengatasi prestasi pendahulunya dengan margin yang ketara.

Kami menjangkakan untuk melihat perbezaan yang lebih besar apabila SoC yang sama ditemui dalam Galaxy S24 Ultra, kerana saiz vapor chamber yang lebih besar sepatutnya menyumbang kepada skor yang lebih tinggi.

Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy Mungkin 80% Lebih Padu Berbanding Pendahulunya

Pembaca jelas bahawa perbezaan 80% ini tidak dilihat pada ujian yang lain seperti ray tracing atau ketika memainkan Genshin Impact. Jadi mungkin angka tersebut akan mempunyai sedikit perubahan nanti.

Berkaitan

  • 'Architecture' Cip Dari Pembangun Punca Kepada Isu "Overheating" Pada Peranti Android
  • Snapdragon Cari Pemenang Untuk Bawa Tonton Perlawanan Manchester United
  • Snapdragon 8+ Gen 2 Mungkin Adalah Cip Samsung Galaxy S23 Ultra
  • 4 Ciri Utama 'Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy' Yang Perlu Anda Tahu
  • Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY