Sudah 14 tahun usia aplikasi ini dan tidak banyak perubahan berlaku kepada medium perbualan ini lebih-lebih lagi bagi versi mudah alih, Android dan iOS.
Baru-baru ini, Microsoft telah memberi nafas baru terhadap aplikasi tersebut serta menambah beberapa ciri dengan harapan ia mampu menarik balik minat orang ramai untuk menggunakannya.
Menerusi program Skype Insider, Microsoft akhirnya berjaya menghadirkan kemaskini Skype untuk Android dan dibawah merupakan ciri yang ditawarkan:
- Peningkatan prestasi
- Berkongsi foto dan pautan ke Skype dari aplikasi yang lain
- Padam kenalan-membolehkan pengguna memadam serta menambah kenalan dari profil
- Peningkatan render foto ketika melakukan panggilan
Buat masa sekarang kemaskini baru itu masih diperingkat beta dan diuji menerusi program Skype Insider.
Anda boleh muat turun ia tetapi aplikasi itu agak tidak stabil.
Untuk maklumat lanjut tentang program Skype Insider boleh klik sini.
Jika anda salah seorang peserta program muat turun kemaskini Skype disini.
Sumber: MSPU
Berkaitan
- Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS
- Kod Tersembunyi Bagi Telefon Android Anda
- Swiftkey Untuk Android Bakal Menambah Sokongan Pencarian GIF
- Telefon realme Akan Mula Naik Taraf Kepada Android 12 Pada Minggu Hadapan
- Bill Gates Akui Silap Besar Tidak Kalahkan Android
- Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
- Android Q Versi Beta Kini Sedia Dinikmati Oleh 21 Peranti Termasuk Asus ZenFone 5Z, Huawei Mate 20 Pro Dan Mi 9
- Aplikasi Apple Music Akan Ditawarkan Kepada Tablet Android
- Pengguna realme 3 Pro Akan Terima realme UI Berasaskan Android 10
- Pocophone F1 Mula Terima MIUI 11 Tetapi Masih Dengan Android Pie 9