Skrin Paparan Samsung Galaxy S10 Dapat Gred A+ Dari DisplayMate

Boleh dikelaskan sebagai salah satu peranti terbaik yang dilancarkan setakat ini, Galaxy S10 sekali lagi mendapat perhatian apabila skrin paparan Dynamic AMOLED yang dipasang padanya diberi gred A+ oleh DisplayMate.



Ini merupakan pemarkahan tertinggi oleh DisplayMate dan setelah ujian serta analisis dijalankan keatas Galaxy S10, ia telah mencatat 13 rekod baru bagi Smartphone Display Performance (SDP).

DisplayMate juga menyatakan paparan peranti ini mempunyai ketepatan warna yang tinggi,  memberikan paparan hampir "sempurna".

Mod kecerahan paling tinggi merekodkan 1,215 nits, 17% lebih tinggi berbanding S9.

Selain itu, dari segi prestasi, ia menyediakan sudut tontonan yang lebih baik, penambahbaikan dalam spektrum cahaya biru, kecekapan kuasa paparan yang efisien, dan peningkatan prestasi pada HDR yang menawarkan tontonan kandungan HDR dengan warna yang lebih mendalam dan lebih kontra berbanding HDR10.

Sumber: DisplayMate via GSMArena