Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna

Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna

Diterbitkan November 10, 2017 ยท Dikemas kini November 10, 2017 oleh Helmi Samsuri

Satu kajian mengenai tingkah laku pengguna Malaysia dalam memilih perkhidmatan telco telah dijalankan oleh Google Malaysia dengan kerjasama Kantar TS. Kajian yang dijalankan pada suku ketiga tahun ini dilakukan keatas 500 orang responden, dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 22% boleh dikelaskan sebagai faham serta jelas dalam memilih pengendali rangkaian yang sesuai dengan mereka.

Sebanyak 41% dikategorikan sebagai “faham sebahagian informasi” dan baki 37% tidak tahu apa-apa maklumat tentang telco yang mahu dipilih. Menurut Pengurus Industri Googl Malaysia, Jamie Lucia T Mapa, pengguna tahu tentang telco-telco di Malaysia, tetapi tidak jelas tentang apa yang ditawarkan oleh syarikat telco tersebut.

Beliau turut menyarankan syarikat telco mempermudahkan serta memperhebatkan lagi informasi supaya pengguna lebih mudah memahami apa yang mereka mahukan.

Hasil kajian turut memperlihatkan pengguna Malaysia akan tertarik dengan harga serta kemampuan untuk memiliki pakej telco tetapi keputusan akhir adalah sama ada telco itu mampu menyediakan liputan dan sambungan rangkaian yang stabil dan kukuh.

Sumber: Malay Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY