Pelbagai peranti dengan teknologi-teknologi terkini akan dipersembahkan dengan harapan ia menerima maklum balas baik dari pengunjung yang hadir.
Samsung dihari pertama acara MWC 2017 berlangsung telah pun melancarkan dua buah tablet iaitu, Galaxy Tab S3 dan juga Galaxy Book.
Bukan itu sahaja, syarikat gergasi Korea Selatan itu turut mempamerkan satu produk yang dikira unik. Ia merupakan gabungan antara storan mudah alih dengan power bank.
Storan mudah alih dan power bank adalah peranti yang penting pada masa sekarang tetapi agak sukar untuk membawa kedua-duanya sekali. Ya, ia juga memakan ruang di dalam beg anda.
Dikenali sebagai Samsung SSD Power Pack, ia dijangka dapat menarik minat orang ramai untuk memilikinya. Hadir dengan rekaan segi empat tepat dan melengkung di penjuru, ia kelihatan sangat selesa dipegang dan mudah dibawa kemana-mana.
Walaubagaimanapun, tidak banyak informasi yang boleh diberitakan buat masa sekarang.
Jika dilihat pada imej, ia hanya memaparkan kapasiti storan sebesar 500GB dan saiz bateri yang berkuasa 5600mAh.
Jenis port sambungan masih samar-samar, jadi jangan lupa untuk layari Wiser.my untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang produk ini.
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini
- Senarai Potongan Harga Barangan realme Sempena Promosi 8.8
- Huawei, Xiaomi Dan OPPO Berminat Guna Sistem Pengecaman Wajah Untuk Telefon Keluaran 2018
- Facebook Dilaporkan Sedang Menguji Ciri Pengecaman Wajah
- Lenovo Z5 Pro Akan Dilengkapi Dengan 4 Kamera Utama
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!
- OPPO Mungkin Bangunkan Cip Pemproses Tersendiri
- Facebook Akan Bantu Anda Mencari Wi-Fi Dikawasan Berhampiran
- 10 Peranti Prestasi Terbaik Sepanjang Oktober Berdasarkan Penilaian Antutu
- Unifi Mobile Tawar Pelan Tanpa Had Untuk Kakitangan Kerajaan Pada Harga RM59