Samsung dijangka melancarkan siri Galaxy S22 termasuk cip pemproses Exynos 2200 sekitar awal tahun 2022. Seperti biasa, tiga peranti yang mungkin diperkenalkan adalah Galaxy S22, S22+ dan juga S22 Ultra.
Terbaru, skor bagi ujian penanda aras telefon Samsung SM-S906U yang mungkin Galaxy S22+ muncul di Geekbench. Namun, peranti tersebut dikuasakan cip Snapdragon 898 dan bukan Exynos.
Berdasarkan hasil yang didedahkan, Galaxy S22+ menerima skor 1163 dan 2728 bagi teras tunggal dan multi-teras. Selain itu, peranti tersebut turut hadir dengan 8GB RAM dan menjalankan Android 12.
Tambahan lagi, spesifikasi cip Snapdragon 898 yang dikongsikan itu juga mirip dengan laporan sebelum ini. Snapdragon 898 nampaknya dilengkapi dengan 1 teras berkelajuan 3GHz, 3 teras 2.5GHz dan 4 teras 1.79GHz.
Apa-apa pun, barisan telefon Samsung akan mempunyai penawaran cip Exynos. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu cip Samsung itu kerana ia dilengkapi GPU daripada AMD.
Buat masa sekarang, masih belum diketahui adakah ia dapat menandingi Qualcomm? Samsung dijangka akan memperlihatkannya nanti ketika pelancaran siri Galaxy S22 sekitar Februari 2022.
Sumber: yabhishekhd
Baca juga: