Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 778G

Samsung Mungkin Jadi Pengeluar Tablet Pertama dengan Snapdragon 898

Diterbitkan November 9, 2021 · Dikemas kini November 9, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Generasi seterusnya dalam keluarga Snapdragon yang dinanti-nanti ialah Snapdragon 898. Terdahulu, kami telah melaporkan ia dijangka dilancarkan pada Snapdragon Tech Summit yang mana akan diadakan sekitar 30 November hingga 2 Disember 2021 dengan beberapa spesifikasi juga didedahkan.

Seperti kelaziman, Xiaomi akan menjadi pengeluar telefon pertama yang akan menggunakan cip mercu Snapdragon setiap tahun dan mungkin perkara sama berlaku tahun ini pada Xiaomi 12. Pun begitu, bagi segmen tablet pula barangkali Samsung yang akan menjadi yang pertama.

Sebuah peranti Samsung dengan model SM-X808U didedahkan di pengkalan data Geekbench dan dikatakan ia merupakan Samsung Galaxy Tab S8+ versi 5G. Data ini juga menunjukkan tablet ini menggunakan cip 3GHz dan dipercayai ia daripada siri Snapdragon 898.

Tiada terlalu banyak maklumat untuk dikongsi buat masa ini namun cip untuk tablet ini dipercayai mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding untuk Snapdragon 898 telefon pintar tetapi ia memadai untuk tablet bagi kegunaan harian.

Sumber: GizChina

Baca juga:

  • Mungkin Ini CPU Dan GPU Yang Akan Diguna Snapdragon 898
  • MediaTek Kini Antara Pengeluar Cip Terbesar Di Dunia
  • ‘Gamer’ Pasti Suka Telefon Ini, ‘Gaming’ Sedap Dan Sejuk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY