Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
exynos 5g (2)

Kemampuan Grafik Exynos 2200 Dikatakan Setara Snapdragon 888

Diterbitkan November 15, 2021 · Dikemas kini November 15, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sebelum ini kami telah melaporkan siri Galaxy S22 akan dilancarkan pada Febuari 2022. Pengumuman di akaun Samsung Exynos beberapa hari lepas mengacah mereka akan mengumumkan perkara baru 19 November ini. Ada yang percaya ini petanda cip baru Exynos 2200 sudah sedia untuk dirasmikan.

Bagaimanapun, FronTron melaporkan melalui ujian dalaman, cip grafik AMD dalam Exynos 2200 menunjukkan prestasi 34% lebih baik berbanding cip grafik sebelumnya.

Cip binaan ARMv9 ini juga mencapai prestasi tertinggi 30% lebih baik berbanding Exynos 2100 namun kurang stabil dengan perubahan sekitar 20% dalam tempoh yang ditetapkan. Ini mungkin disebabkan ia masih dalam fasa ujian jadi keputusan sebenar kelak mungkin akan berbeza.

Penanda aras Exynos 2200 di 3DMark Wild Life juga menampakkan jurang perbezaan yang besar dengan Snapdragon 888. Snapdragon 888 adalah cip keluaran tahun lepas, tetapi kita juga tahu kemampuan grafik dari keluaran Qualcomm adalah antara yang terbaik. Jadi sekiranya sudah melepasi kemampuan dari cip Qualcomm itu, ia memberi bayangan kemampuan sebenar Exynos 2200.

Sama-sama kita nantikan prestasi Galaxy S22 dengan Exynos terbaru ini untuk dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.

Sumber: Gizchina

Baca juga:

  • OnePlus 10 Pro Didedahkan, Bonjol Kamera Seperti Galaxy S21
  • Qualcomm Dijangka Melancar Snapdragon 898 Penghujung Bulan Ini
  • Exynos 2200 Muncul Di Geekbench, Prestasi CPU Belum Cukup Laju

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY