Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Sudah Keluarkan Kompaun Berjumlah RM 2.32 Juta Kepada Beberapa Telco

SKMM Sudah Keluarkan Kompaun Berjumlah RM 2.32 Juta Kepada Beberapa Telco

Diterbitkan Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai langkah memastikan syarikat-syarikat pengendali rangkaian tempatan sentiasa mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebanyak 63 kompaun berjumlah RM2.32 juta telah dikeluarkan oleh SKMM setakat Februari ini.

Antara kesalahan-kesalahan yang dikenakan kompaun adalah;

  • Kegagalan mematuhi MSQoS
  • Pendaftaran palsu
  • Menurunkan bahan promosi pesaing
  • Gagal berunding dan menangani aduan pelanggan sebagaimana yang telah digariskan dalam AKM 1998
  • gagal menangani permintaan MNP pengguna (kekal nombor lama dan pindah ke telco lain).

Untuk perbandingan dengan tahun lalu, sejumlah 77 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM3 juta bagi pelbagai kesalahan.

SKMM menerusi Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan, Zulkarnain Mohd Yasin menyatakan, pihaknya akan sentiasa memastikan syarikat-syarikat pengendali rangkaian memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, disamping mengekalkan standard yang ditetapkan AKM 1998.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY