Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Sangkal Dakwaan Merakam, Merekod Panggilan Suara, Whatsapp

SKMM Sangkal Dakwaan Merakam, Merekod Panggilan Suara, Whatsapp

Diterbitkan Mei 1, 2017 ยท Dikemas kini Mei 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kelmarin menyangkal dakwaan mengenai kononnya mereka mengeluarkan undang-undang baru melibatkan panggilan telefon serta platform media sosial lain seperti Whatsapp.

Dikatakan melalui peraturan tersebut SKMM akan merakam serta memantau setiap panggilan suara serta mesej yang dibuat pengguna.

Penafian telah dibuat oleh Timbalan Menteri bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari,

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan berhubung perkara terbabit,”

Antara aplikasi media sosial lain yang turut dikatakan terlibat adalah Facebook dan Twitter dimana setiap kandungan yang dimuat naik akan dipantau oleh SKMM.

Orang ramai diminta berhenti dari menyebarkan khabar angin ini bagi mengelakkan kecelaruan kepada pengguna peranti komunikasi di Malaysia.

Sumber: BH Online

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY