Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi hantaran media rasminya baru-baru ini menegaskan bahawa sebarang dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Menurut mereka, sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, SKMM tidak memantau mahupun mengintip perkara-perkara yang dimuatkan oleh pengguna WhatsApp.

Sehubungan dengan itu, SKMM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.