SKMM Beri Amaran Untuk Tidak Sebar Kandungan Lucah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi laman sosial, telah mengeluarkan amaran tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memuat naik, menyebar atau berkongsi kandungan yang jelik dan lucah.



Ia adalah seiring dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dimana pihak yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh dipenjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah, SKMM juga akan mengambil tindakan menyekat laman-laman sesawang  yang terlibat dengan penyebaran kandungan berkenaan. Kerjasama turut dijalankan dengan pengendali platform seperti Facebook untuk memastikan kandungan itu tidak tular dengan lebih meluas.

Walaupun pantauan telah dibuat oleh SKMM,  kita sebagai pengguna juga perlu memainkan peranan dengan tidak terlibat sama dalam penularan video lucah serta jelik dan menyerahkannya kepada pihak berwajib untuk menjalankan tugas mereka.