Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopback

Sistem ShopBack Diceroboh, Data Peribadi Pengguna Mungkin Telah Disalahgunakan

Posted on September 25, 2020September 25, 2020

ShopBack pada 17 September lalu telah menyedari terdapat pencerobohan ke sistem platform itu yang mengandungi data peribadi pengguna. Bagaimanapun, akses tanpa izin tersebut telah dibuang dimana ia turut melibatkan pakar keselamatan siber bagi menilai sejauh mana kejadian tersebut berlaku.

Sehingga kini, tiada kesahihan jika data peribadi pengguna telah disalahgunakan. Namun, platform itu tidak menolak kemungkinan jika ianya ada. Bagi pengguna yang telah memberikan nombor akaun bank, pengguna dinasihatkan berhati-hati untuk sebarang kemungkinan serangan pancingan data (phishing).

Platform beli-belah dengan pulangan tunai itu turut memberi jaminan bahawa ianya tidak memberi kesan kepada pulangan tunai (cashback) pengguna, serta kata laluan akaun ShopBack pengguna juga dilindungi oleh encryption. Walaupun begitu, pengguna digalakkan untuk menukar kata laluan, melaporkan e-mel yang meragukan dan sebagainya.

Dalam pada itu, perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pengguna dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. ShopBack juga telah mengambil tindakan termasuk berhubung dengan pakar keselamatan dan memperketatkan lagi log dalaman.

Sumber: ShopBack

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress