Sistem Operasi Misteri Fuchsia Dari Google Mempunyai UI Yang Baru

Kita sudah maklum yang Google sedang membangunkan sistem operasi terbaru yang dikenali sebagai Fuchsia.

Berbeza dengan sistem operasi Android atau Chrome yang dibina menggunakan Linux, Fuchsia dibina dari kernel Google sendiri yang dinamai sebagai 'Magneta'.

Baru-baru ini Google telah menambah antara muka untuk sistem operasi itu yang menampilkan rekaan bertemakan kad.

https://youtu.be/_7rRK4S9uk0

Mula dikesan oleh Kyle Bradshaw dari Hotfix, UI tersebut dinamakan sebagai Armadillo dan dikatakan akan menjadi default UI untuk Fuchsia.

Armadillo dibina di Flutter SDK Google yanng digunakan untuk mewujukan platform yang boleh digunakan untuk pelbagai sistem operasi seperti Android, iOS dan juga Fuchsia.

Ini menyebabkan kemungkinan Fuchsia boleh dipasang ke peranti Android masa kini dan mungkin memberi sedikit gambaran apa yang sistem operasi Google yang terbaru ini boleh berikan kepada pengguna.



Seperti anda boleh lihat di video di atas, Fuchsia menonjolkan diri sebagai sistem operasi telefon pintar yang UI nya berdasarkan rekaan sistem kad yang menguruskan pelbagai aplikasi.

Pada peringkat ini masih tidak dipastikan lagi apa yang Google cuba lakukan dengan Fuchsia samada sistem operasi ini akan menggantikan Android dan Chroma atau sebuah platform perisian yang akan hidup bersama dengan sistem operasi Google yang sedia ada.

Sumber