OriginOS Mampu Jadi Antaramuka Terbaik Telefon Android

Setiap peranti yang berada dipasaran mempunyai sistem operasi yang tersendiri. Jika mengikut statistik dari statcounter, tiga sistem operasi yang paling popular digunakan ketika ini adalah Windows, Android dan iOS.

Kapsyen: Kredit: StatCounter


Namun, sekarang kita mahu melihat sistem operasi yang lebih dekat di hati pembaca Wiser.my sendiri, Android. Melihat kepada laporan-laporan yang berlegar beberapa ketika ini, anda pasti perasan mengenai perubahan yang mula ditampilkan pengeluar pada sistem operasi peranti mereka.

Ya, masing-masing berkongsi platform yang sama iaitu Android tetapi setiap satunya mempunyai identiti yang tersendiri. Contoh seperti OPPO dengan ColorOS, Xiaomi dengan MIUI dan OnePlus dengan OxygenOS.



Walaupun berbeza, lapisan antaramuka sistem-sistem ini mula menuju hala tuju yang sama, ringkas dan lancar. Boleh dikatakan mirip seperti Android asli tetapi mempunyai lebih banyak ciri yang boleh diubah suai.

Kapsyen: Funtouch OS 11


Sebagai salah satu pengeluar, vivo pastinya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan kali ini dan lanjutan daripada itu, terhasilnya OriginOS. Anda mungkin pernah melihat sistem operasi vivo sedia ada Funtouch OS 11. Ia mendapat pujian ramai kerana ditawarkan dengan antaramuka lebih kemas dan lancar.

Kapsyen: OriginOS


Tetapi itu bukanlah petanda vivo mahu berhenti disitu dimana jawapannya ada pada OriginOS, sistem antaramuka baru hasil dari pembangunan beberapa tahun pengeluar tersebut.
Rekaan Klotksi Grid diilhamkan dari permainan Huarong Road

Kapsyen: Klotski Grid


Hujung rekaan kotak yang melengkung mungkin mengingatkan kita kepada iOS sementara kelihatan juga gaya estetik dari Fluid Design oleh Microsoft.

Paparan dihalaman utama OriginOS boleh diletakkan dengan beberapa widget diiringi tema warna terang. Menurut vivo, rekaan antaramuka sistem ini diilhamkan oleh permainan teka-teki Huarong Road.

Kapsyen: Permainan teka-teki Huarong Road


Melaluinya pengguna dapat menyusun kotak-kotak widget dipanggil sebagai atomic notifications itu dengan lebih mudah dan kemas. Saiz widget-widget tersebut juga boleh diubah suai, memberi lebih kebebasan kepada pengguna untuk menyusunnya pada bahagian paparan skrin.

Live wallpaper mengikut keadaan persekitaran pengguna



Ciri Live Wallpaper adalah salah satu ciri yang kita sering lihat pada sistem antaramukan tahun 2020. Pendekatan yang diambil vivo bagi ciri ini untuk OriginOS dilihat lebih menarik kerana wallpaper boleh berubah mengikut persekitaran pengguna.

Kapsyen: Live Wallpaper "Bunga Mekar"


Melalui data yang disimulasi, elemen cuaca dikawasan pengguna akan ditunjukkan pada wallpaper. Terdapat juga beberapa pilihan wallpaper lain yang disediakan vivo pada OriginOS.

Navigasi dan ciri SuperCard

Bagi navigasi, vivo melengkapkan OriginOS dengan sejumlah 26 kombinasi sentuhan. Disamping itu, memahami situasi pandemik yang berlaku saat ini kebanyakan pengguna lebih terarah kepada pembayaran melalui telefon pintar.

Kapsyen: Ciri SuperCard


Dengan itu, ciri pembayaran SuperCard disertakan bagi memudahkan pengguna mengakses pilihan pembayaran yang biasa digunakan.

Multi-Turbo 5.0

Sewaktu pelancaran, vivo juga ada menekankan proses tiga peringkat; integrasi memori, pengoptimuman proses, dan pra-pemuatan aplikasi atau dipanggil sebagai Enhanced Memory Fusion Technology 1.0. Ia menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan baik.



Sementara itu, satu lagi peningkatan prestasi iaitu Mult-Turbo 5.0 pula merupakan ciri pengoptimuman memori automatik. Ia dapat memperuntukkan tambahan RAM 3GB bagi pengaturan data ke dalam storan. Ini membolehkan aplikasi melakukan boot tanpa memerlukan ruang memori yang besar.
Bila OriginOS akan sampai  ke telefon pintar?



Difahamkan bahawa pengguna akan disediakan dengan kebolehan bertukar dari antaramuka Origin OS kepada Funtouch OS dengan mudah.

Bagi anda yang tertanya-tanya bilakah ia akan dikemaskini kepada telefon pintar, vivo sudah merancang tiga fasa kemaskini yang akan bermula pada minggu terakhir Januari 2021. Antara peranti terawal yang akan menerima OriginOS adalah vivo S1, vivo S1 Pro, vivo S6, vivo NEX dan beberapa model lain lagi.

Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia