Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Operasi Android 8.0 Bakal Diberi Nama Android Oreo

Sistem Operasi Android 8.0 Bakal Diberi Nama Android Oreo

Diterbitkan Mac 20, 2017 · Dikemas kini Mac 20, 2017 oleh Haikel Areff

Sitem Operasi Android yang seterusnya- Android 8.0 dijangka akan dilancarkan pada Oktober tahun ini, tetapi syarikat itu dilihat sudah mula menjalankan kemaskini untuk Android 8.0. Berikutan satu kiriman twitter dari Naib Presiden syarikat tersebut Hiroshi Lockheimer , ramai yang menjangkakan ianya akan diberi nama Android Oreo.

oreo

Kemas kini seterusnya dijangka membawa ciri-ciri baru antaranya ‘Perubahan Notifikasi’.Rekaan notifikasi mungkin akan diubah berikutan penggabungan Projek Andromeda dan Android OS yang dikhabarkan akan dimuatkan ke dalam Android 8.0. Antaranya ialah notifikasi akan dipaparkan mengikut keutamaan dan kepenggunaan melalui sistem self-learning. Selain itu akan terdapat ciri lencana yang boleh dijadikan sebagai penanda di notifikasi mengikut pilihan pengguna.

Yang kedua, perubahan yang akan ditampilak oleh sistem operasi terbaru ini ialah ianya bakal dimuatkan dengan sokongan gambar dalam gambar seperti yang diketengahkan oleh Android TV.
Kemas kini baru ini juga dijangka membuat Google bar lebih berguna, dengan memperkenalkan alat terapung dikuasakan oleh Google AI. Ianya juga dilengkapi bersama ciri Copy Less yang secara automatik mendapatkan sumber maklumat yang berkaitan daripada Google dan terus diselitkan kepada perbualan mesej contohnya.

Yang terakhir sekali, Android 8.0 dilihat bakal mendatangkan sokongan kawalan aktviti di latar belakang . Fungsi ini seperti biasa membenarkan pengguna menjimatkan bateri dan data dengan menghentikan aplikasi yang berjalan di latar belakang. Jika pengguna membuka banyak tab, tab yang berada di bawah akan dihentikan buat sementara waktu untuk memberi keutamaan kepada tab yang sering digunakan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY