Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 15_b

Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 24, 2024 · Dikemas kini Oktober 24, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengesahkan siri Xiaomi 15 akan dilancarkan di China pada 29 Oktober 2024, jam 7.00 malam – sehari lebih awal berbanding HONOR Magic 7 dan iQOO 13. Siri ini akan menampilkan dua model, terdiri daripada Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro.

Seperti diumumkan sebelum ini, siri Xiaomi 15 menjadi yang pertama dilancarkan dengan cip pemproses Snapdragon 8 Elite.

Sebagai tambahan, Xiaomi hari ini turut mendedahkan rekaan Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro. Xiaomi 15 akan mempunyai paparan 6.36-inci dengan 1.38mm bezel serta empat-lengkungan di bahagian bucu bingkai.

Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini
Xiaomi 15 Pro
Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini
Xiaomi 15 Pro
Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini
Xiaomi 15 Pro
Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini
Xiaomi 15
Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini
Xiaomi 15

Kedua-dua model ini akan menampilkan sokongan pengimbas cap jari ultrasonik dan bukannya optik. Teknologi ultrasonik biasanya lebih pantas dan tepat, serta tidak memerlukan pantulan cahaya untuk membaca cap jari.

Siri Xiaomi 15 Akan Dilancarkan 29 Oktober Ini
Xiaomi 15_a

Selain siri ini, Xiaomi turut menjadualkan pengenalan Xiaomi HyperOS 2 dan Xiaomi SU7 Ultra pada tarikh tersebut. Sehingga itu, nantikan pelancaran pada minggu depan.

{suggest}

Sumber: Xiaomi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY