Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Comet A3

‘Komet Abad Ini’ Kali Terakhir Dilihat 80,000 Tahun Dulu Berpotensi Dilihat Dengan Mata Kasar Malam Ini

Diterbitkan Oktober 13, 2024 · Dikemas kini Oktober 14, 2024 oleh ariff bukhari

Komet dengan ahli astronomi memanggilnya sebagai “komet abad ini” yang kali terakhir dilihat puluhan ribu tahun yang lalu dijangka akan boleh dilihat malam ini.

Para saintis berkata, Komet A3 (Tsuchinshan-ATLAS), yang kali terakhir kelihatan dari Bumi 80,000 tahun yang lalu, boleh dikesan dengan mata kasar dari Bumi hujung minggu ini.

Pertama kali ditemui pada Januari 2023, ia telah dipanggil “komet abad ini” kerana betapa terangnya ia, menurut Persatuan Astronomi Diraja (RAS) yang berpangkalan di UK.

Antara 12 dan 30 Oktober, orang ramai mungkin boleh melihat komet menggunakan teropong atau terus dengan mata kasar kerana trajektorinya membawanya lebih dekat ke Matahari.

Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia
KOMET C/2023 A3 (Tsuchinshan–ATLAS) akan berada paling hampir dengan Bumi pada 13 Oktober 2024 dengan jaraknya dianggarkan sejauh 70.72 juta km.
Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia

Tidak jelas sejauh mana terang komet itu nanti ketika ia berada pada jarak terdekatnya dengan Bumi yang akan berlaku antara Sabtu dan Ahad ini.

Angkasawan NASA Matthew Dominick berkata komet itu pada masa ini kelihatan seperti “bintang kabur” apabila melihatnya dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

https://x.com/dominickmatthew/status/1836916069870751825

Dalam video di laman sesawang persatuan itu, timbalan pengarah Dr Robert Massey berkata, mengambil gambar komet itu mungkin boleh dilakukan, terutamanya jika menggunakan kamera digital DSLR.

Menurut RAS, komet itu berasal dari Awan Oort – cangkerang sfera gergasi yang mengelilingi sistem suria kita dan mengandungi berbilion objek termasuk komet.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia
  • Laman Sesawang POCO Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 31 Disember 2024

Sumber: The Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY