Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Superman’ Bakal Bintangi Filem Aksi Sebenar ‘Voltron’

‘Superman’ Bakal Bintangi Filem Aksi Sebenar ‘Voltron’

Diterbitkan Oktober 13, 2024 · Dikemas kini Oktober 14, 2024 oleh ariff bukhari

Nampaknya, filem aksi sebenar yang bakal diadaptasi dari siri kartun popular Voltron telah temui seorang lagi pelakon utamanya iaitu Henry Cavill, yang pernah membintangi filem ‘Man of Steel (2013), Batman vs Superman-: Dawn of Justice (2016) ‘ dan siri ‘The Witcher’.

Beliau akan menyertai Daniel Quinn-Toye sebagai pelakon yang akan menerajui filem Voltron aksi langsung terbitan Amazon itu nanti.

henry cavill

Filem itu dikhabarkan akan ditulis oleh Rawson Marshall Thurber, yang terkenal menerusi karyanya sebelum ini, Red Notice terbitan Netflix dan Skyscraper yang turut akan dibantu Ellen Shanman.

‘Superman’ Bakal Bintangi Filem Aksi Sebenar ‘Voltron’

Voltron mengisahkan tentang sekumpulan penjelajah angkasa lepas dengan 5 kenderaan berupa singa yang apabila digabungkan akan membentuk sebuah robot berkuasa dikenali sebagai ‘Voltron’.

Anime asalnya telah diterbitkan pada tahun 80-an di mana Voltron diadaptasi daripada siri Jepun Beast King GoLion dan Kikou Kantai Dairugger XV.

‘Superman’ Bakal Bintangi Filem Aksi Sebenar ‘Voltron’

Siri animasi terbarunya bertajuk Voltron: Legendary Defender boleh ditonton di Netflix yang mempunyai 8 musim.

Buat masa ini, info lebih lanjut tentang filem aksi sebenar Voltron ini belum diketahui, tapi ia pastinya mengujakan peminat tegar serta mereka yang pernah membesar dengan siri animasi tersebut.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Steam Keluarkan Notis - Anda Hanya Beli Lesen, Bukan ‘Game’
  • CASETiFY Lancar Aksesori iPhone Edisi Terhad Batmobile™

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY