Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-14T161010.097

Siri vivo X Fold3 Dilancar, Hadir Dengan Spesifikasi ‘Flagship’

Diterbitkan Jun 14, 2024 oleh Muhd Idham

vivo China baru-baru ini telah melancarkan telefon boleh lipat terbaru mereka dalam barisan X Fold iaitu siri vivo X Fold3 yang terdiri daripada dua model, standard dan Pro.

Siri vivo X Fold3 Dilancar, Hadir Dengan Spesifikasi ‘Flagship’
Putih
Siri vivo X Fold3 Dilancar, Hadir Dengan Spesifikasi ‘Flagship’
Hitam

Spesifikasi dalaman bagi kedua-dua model ini kebanyakannya adalah sama terutama sekali pada bahagian reka bentuk luaran dan perbezaannya terdiri daripada cip pemprosesan, GPU, kamera, bateri dan kaedah pengecasan.

Bermula dengan cip iaitu model standard menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan GPU Adreno 740 manakala model Pro menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 dan GPU Adreno 750.

Skrin adalah sama di mana kedua-duanya menggunakan paparan jenis AMOLED 8.03 inci (2480 × 2200) terbuka dan 6.53 inci (2748 × 1172) tertutup yang menyokong kadar segar semula 120Hz

Kamera untuk dua model adalah sama daripada sudut lensa utama 50MP VCS, ultra lebar 50MP dan 32MP swafoto.

Perbezaannya terletak pada penggunaan teknologi ZEISS bagi kamera telefoto model Pro manakala model standard hanya 50MP kamera potret.

Untuk bateri pula, dua model ini menggunakan dwi-bateri litium selari yang berkapasiti 5,500mAh dan pengecasan 80W untuk model standard dan 5,700mAh serta pengecasan 100W berwayar dan 50W wayarles untuk model Pro.

Ketersediaannya di pasaran tempatan masih lagi belum diketahui. Namun harganya adalah seperti di bawah.

  • vivo X Fold3 (12GB + 256GB) = CNY6,999 (~RM4,548)
  • vivo X Fold3 Pro (12GB + 256GB) = CNY8,999 (~RM5,848)

Beli produk vivo di:

Shopee – https://invl.io/clkoycq

Lazada – https://invol.co/clkoycw

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kajian Terbaru Dedah Bagaimana Suhu Panas Beri Kesan Ke Atas Prestasi Bateri EV
  • MediaTek Dilapor Sedang Bangunkan Cip ARM Untuk Microsoft
  • Muat Turun 'Game' Lumba Dengan Skor 4.6 Bintang Ini Sementara Percuma
  • OneLinQ, Penyedia Servis Internet Satelit Seakan 'Starlink' Tapi Dari China

Sumber: vivo China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY