Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Terbaru Dedah Bagaimana Suhu Panas Beri Kesan Ke Atas Prestasi Bateri EV

Kajian Terbaru Dedah Bagaimana Suhu Panas Beri Kesan Ke Atas Prestasi Bateri EV

Diterbitkan Jun 14, 2024 ยท Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh ariff bukhari

Satu kajian terbaru telah dibuat ke atas Kenderaan Elektrik (EV) berkaitan pengaruh suhu tinggi terhadap bateri EV.

Kajian baharu yang dijalankan oleh Recurrent mendapati bahawa kenderaan elektrik boleh kehilangan sebanyak 31% berbanding julat perjalanan yang diiklankan apabila cuaca terik.

Menurut data Recurrent, apabila suhu meningkat, potensi kehilangan julat juga akan berlaku kerana lebih banyak tenaga perlu digunakan untuk menyejukkan bahagian dalam kabin yang panas.

Bergantung pada suhu ambien, berikut ialah perkara yang boleh anda jangkakan:

How much does hot summer weather affect EV range
EV hanya kehilangan 2% hingga 5% julat dalam cuaca panas di bawah 90F (32C).

Dapatan itu hasil analisis bacaan bateri daripada 7,500 kenderaan elektrik.

Jadi, adalah disyorkan anda menyejukkan lebih dulu ruang dalam kabin EV anda sebelum bergerak supaya tidak menggunakan banyak tenaga daripada bateri EV tersebut.

Atau jika cuaca sangat panas di luar, cuba letakkkan EV anda di tempat yang teduh jika boleh.

Jika anda tidak mempunyai akses ke garaj atau tempat letak kereta berbumbung, anda boleh menggunakan pelindung matahari untuk melindungi bahagian dalam EV daripada panas.

Selain itu, jika anda mempunyai pengecas rumah, anda disyorkan supaya sambungkan EV pada palam kuasa.

Anda juga harus mengelak daripada meninggalkan EV di bawah sinar matahari dengan keadaan kapasiti bateri yang rendah.

Menurut Recurrent, sistem penyejukkan dalam EV moden boleh menggunakan antara 3 hingga 5 kilowatt kuasa untuk penyejukan awal, dan kemudian penggunaan kuasa rendah sekitar 1 kW untuk mengekalkan suhu yang ditetapkan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Rasmi, PROTON Umum Nama Dan Lancar Logo EV Baharu

Sumber Recurrent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY