Setelah sekian lama jenama iQOO memperkenalkan peranti telefon pintar mereka yang memfokuskan kepada aspek gaming untuk kelas pertengahan, siri terbarunya kini diperkenalkan dan ia terdiri daripada dua jenis model, iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G.
Namun, model yang akan dibentangkan dalam ulasan kali ini hanya satu di antaranya iaitu iQOO Z9 5G di mana ia dianggap sebagai pembaharuan dan peningkatan spesifikasi daripada siri iQOO Z yang terdahulu iaitu iQOO Z7 5G.
Spesifikasi
[specs]
Cip: Snapdragon 7 Gen 3 (2.63 GHz)
Memori: 12GB LPDDR4X + 12GB Extended RAM
Storan: 256GB UFS 2.2
Sistem Operasi: Funtouch OS 14, Android 14
Skrin: AMOLED 6.78 inci, resolusi 2800 x 1260, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 4,500 nits
Kamera: 50MP utama, 2MP ultra lebar, 16MP swafoto
Bateri: 6,000mAh, pengecasan 80W
Lain-lain: Dwi-slot kad SIM nano, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, penarafan IP64
[/specs]
{suggest}
Rekaan
Jika kita meletakkan peranti iQOO Z9 5G dan iQOO Z7 5G secara bersebelahan, perbezaan reka bentuk yang sangat ketara dapat dilihat pada modul kamera di bahagian panel belakang kedua-dua telefon.
Tapi, rekaannya apabila diteliti semula, ia kelihatan seakan-akan sama seperti model iQOO 12 yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lepas.
Selain daripada permukaan belakangnya yang terasa agak licin, terdapat perkara lain yang saya suka tentang telefon ini seperti kualiti binaannya yang tampil dengan unsur rekaan minimalis serta keras dan kukuh.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada iQOO sendiri kerana telah mengeluarkan sedikit modal untuk penambahbaikan kepada siri terbaru ini kerana bukan sahaja model standard tetapi model Z9x juga telah diterapkan penggunaan skrin jenis AMOLED.
Sudah semestinya peningkatan itu adalah satu perkara yang besar kerana pengalaman tontonan itu dapat saya nikmati atas kehadiran kualiti resolusi yang lebih baik dan lebih jelas.
Prestasi
Seperti yang dinyatakan di pengenalan, siri iQOO Z9 5G ini merupakan barisan telefon pintar yang memfokuskan prestasinya dalam menjalankan permainan mudah alih dan di bawah adalah graf keputusan yang dapat saya berikan.
Di sini, saya mengaku yang mana saya sangat berpuas hati dengan prestasi keseluruhan telefon ini.
Tidak hairanlah kerana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan yang cukup berkuasa dan kapasiti bateri yang besar untuk kadar penggunaan lebih lama.
Cuma satu perkara yang saya kurang berkenan adalah suhunya yang terasa hangat sedikit apabila permainan jenis ‘graphic demanding‘ dimainkan seperti Genshin Impact dan Call of Duty: Warzone.
Walaupun ia kelihatan seperti perkara yang akan menurunkan semangat dan pandangan baik anda terhadap telefon ini, saya jamin yang suhunya itu tidak terlalu keterlaluan.
Selain daripada gaming, telefon ini juga lengkap dengan kelengkapan kamera di mana tidak segan untuk saya katakan yang prestasinya bagus tapi akan saya kelaskan hasil-hasil gambarnya itu dalam kualiti gambar untuk aktiviti bersosial di dunia maya sahaja.
Seperti yang ditunjukkan di atas, kualiti tangkapan daripada lensa bokeh itu membuatkan hasil gambar potret daripada iQOO Z9 5G ini kelihatan agak baik. Tidak terkecuali juga hasil gambar untuk mod standard.
Di sini, kita boleh lihat yang mana vivo masih mengekalkan identiti kamera mereka walaupun pada peranti seperti iQOO.
Tidak lupa juga kepada baterinya yang mana juga satu peningkatan daripada model terdahulu kerana kapasitinya kini meningkat kepada 6,000mAh daripada 5,000mAh.
Jadi, kadar purata penggunaan berterusan itu dapat disimpulkan dalam lingkungan masa 10 jam ke atas tapi dengan syarat, cara penggunaannya itu mestilah seimbang dan bukannya sepanjang masa bermain permainan mudah alih sahaja.
Jangka masa yang diambil untuk pengecasan pula dapat saya rekodkan di mana telefon ini mampu dicas dari bacaan bateri 20 peratus hingga 90 peratus dalam sekitar 40 minit sahaja.
Secara jujurnya, ini adalah satu perkara yang boleh diterima.
Akhir sekali, ingin saya tekankan yang telefon ini hadir dengan spesifikasi yang seimbang kerana ia mempunyai dua pembesar suara dengan kualiti yang melebihi jangkaan. Bukan sahaja untuk kegunaan gaming, malah menonton video dan mendengar lagu juga.
Satu di cuping telinga telefon (earpiece) dan satu lagi di bahagian bawah seperti biasa.
Kesimpulan
Dalam banyak perkara yang telah diulaskan di atas, terdapat satu daripadanya yang membuatkan saya sedikit kecewa iaitu kadar pengecasan model iQOO Z9 5G diturun taraf, iaitu 80W sahaja berbanding model terdahulu, iQOO Z7 5G 120W.
Ini adalah satu ‘nerf‘ yang agak besar dari sudut pandangan saya sebagai seorang pengguna telefon pintar.
Namun, anda yang membaca janganlah pula beralih hati dengan perkara ini kerana 80W itu masih lagi laju sebenarnya. Tambahan lagi dengan peningkatan spesifikasi yang lain contohnya seperti skrin AMOLED. Jika model terdahulunya, hanya menggunakan skrin IPS LCD.
Secara keseluruhannya, saya hanya boleh memberikan pendapat sendiri mengenai tindakan pihak vivo dalam melakukan hal tersebut yang mana ia mungkin satu langkah penjimatan kos dalam peningkatan spesifikasi dalaman yang lain.
Jadi, adakah telefon dengan harga RM1,399 ini berbaloi? Saya berasakan ia agak berbaloi. Namun, alternatif lain yang boleh dipertimbangkan ialah POCO X6 Pro dan juga Infinix GT 20 Pro.
Beli siri iQOO Z9 di:
Shopee – https://invl.io/cll254m
Lazada – https://invol.co/cll254n