Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo xiaomi

Samsung, Apple Makin Tergugat, Xiaomi Dan vivo Catat Pertumbuhan Memberangsangkan Pada Suku Ke-2 2024

Diterbitkan Julai 16, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data terbaru pasaran telefon pintar seluruh dunia bagi suku kedua 2024 dari Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), Xiaomi dan vivo dilihat semakin berkembang dengan sangat pesat.

Data IDC menunjukkan hanya dua pengeluar telefon pintar itu mencatatkan pertumbuhan penguasaan pasaran lebih daripada 20% dengan Xiaomi sebanyak 27.4% dan vivo pula sebanyak 21.9% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Mungkin Apple dan Samsung lalai kerana terlalu selesa dengan penguasaan mereka selepas hanya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.5% dan 0.7% sahaja

Tetapi, jika keadaan ini berterusan dengan Xiaomi dan vivo berkembang pada kadar ini, tidak mustahil penguasaan Samsung dan Apple mungkin berakhir tidak lama lagi.

Top 5 Companies, Worldwide Smartphone Shipments, Market Share, and Year-Over-Year Growth, Q2 2024

IDC dalam laporannya berkata,

“Xiaomi dan vivo kedua-duanya menyaksikan pertumbuhan dua angka dengan prestasi kukuh dalam pasaran baru muncul dan China.”

Malah penghantaran telefon pintar Xiaomi pada suku kedua tahun ini yang berjumlah 42.3 juta unit hampir mengatasi Apple iPhone yang merekodkan sebanyak 45.2 juta unit pada suku tersebut.

Jenama telefon pintar dari China semakin mendapat tempat dan dikenali ramai menerusi pelbagai pilihan model yang ditawarkan pada harga yang menarik.

Tapi mungkin juga pengguna sudah muak dengan produk Samsung dan Apple yang membosankan menjadi faktor pengguna lebih gemar memilih telefon pintar dari China.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY