Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri TCL 40 NXTPAPER – Skrin Telefon Dengan Tekstur Seperti Kertas

Siri TCL 40 NXTPAPER – Skrin Telefon Dengan Tekstur Seperti Kertas

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh Firdaus

Kita tahu bahawa tekstur sesebuah peranti terasa licin dek kerana ia diperbuat daripada kaca. Dan kita boleh menggunakan pelindung skrin atau kaca terbaja jenis matte jika untuk bertukar angin.

Namun, tahukah anda bahawa dalam persidangan IFA 2023 lepas, TCL telah mengumumkan telefon pintar pertama dengan paparan seperti kertas.

Siri TCL 40 NXTPAPER – Skrin Telefon Dengan Tekstur Seperti Kertas
Siri TCL 40 NXTPAPER – Skrin Telefon Dengan Tekstur Seperti Kertas

Secara ringkasnya, peranti tersebut mempunyai skrin dengan rasa dan tekstur yang seakan-akan kertas atau matte. Berikut adalah spesifikasi TCL 40 NXTPAPER dan TCL 40 NXTPAPER 5G.

Spesifikasi

TCL 40 NXTPAPER menggunakan cip MediaTek Helio G88, memori RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Tidak lupa juga kamera – 50MP, 5MP, 2MP dan 32MP swafoto.

Sementara itu, TCL 40 NXTPAPER 5G mula dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6020 5G, memori RAM 6GB dan storan 256GB. Ia juga menawarkan tetapan 3 kamera – 50MP, 2MP, 2MP dan 8MP swafoto.

Kedua-dua peranti ini mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh tetapi pengecasan 15W untuk model 5G dan 33W untuk model standard.

Siri TCL 40 NXTPAPER – Skrin Telefon Dengan Tekstur Seperti Kertas

Walaupun mempunyai ukuran skrin yang berbeza – 6.78″ FHD+ untuk model 4G dan 6.6″ HD+ bagi model 5G, kedua-dua peranti ini mempunyai penarafan TUV untuk cahaya biru berbahaya yang rendah.

Selain itu, skrin peranti-peranti tersebut mempunyai fungsi anti silau dek kerana tekstur permukaan matte nya dan tidak lupa juga kalis cap jari.

Berkaitan

  • Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines
  • MCMC Akan Perluas Pemasangan Peranti Starlink Seluruh Negara
  • Huawei Uji Celia - 'Siri' Untuk Peranti Huawei
  • Gurman: Tiada iPhone 15 Pro Max Dan Ultra, Hanya Salah Satu
  • Penggodam Berjaya Dedah Lebih 100 Kelemahan Kritikal iOS

Siri TCL 40 NXTPAPER akan tersedia pada bulan ini pada tanda harga jualan €200 (~RM1004.16) dan €250 (~RM1255.20) untuk model 5G. Dan peranti ini hanya tersedia untuk pasaran Eropah sahaja buat masa ini.

Beli Peranti TCL di Shopee: https://invl.io/cljqgy5

Beli Peranti TCL di Lazada: https://invol.co/cljqh32

Sumber: TCL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY