Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Redmi Note 13 Rasmi – Pertama Guna Dimensity 7200-Ultra Dan Ada IP68

Siri Redmi Note 13 Rasmi – Pertama Guna Dimensity 7200-Ultra Dan Ada IP68

Diterbitkan September 22, 2023 · Dikemas kini September 22, 2023 oleh Firdaus

Beberapa bulan yang lepas, Redmi telah melancarkan siri Note 12 untuk pasaran kita dan kini siri Note 13 telah dilancarkan secara rasmi di China.

Siri Redmi Note 3 terdiri daripada 3 model – Redmi Note 13 Pro+, Note 13 Pro dan Note 13 yang standard. Berikut adalah spesifikasi penuh siri Redmi Note 13:

Redmi Note 13 Pro+

Redmi Note 13

Peranti ini dikuasakan cip Dimensity 7200-Ultra yang baharu, memori LPDDR5 hingga 16GB dan pilihan storan UFS3.1 hingga 512GB.

Selain itu, ia dilengkapi skrin OLED 6.67″ beresolusi 1220 x 2712p, menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1,800 nits.

Untuk kamera, Note 13 Pro+ memilik tetapan 3 kamera – 200MP Samsung ISOCELL HP3 utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto.

Redmi Note 13 Pro+ comes with an IP68 rating

Menariknya lagi, siri Note 13 adalah yang pertama menyokong penarafan IP68, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 120W.

Tidak lupa juga pembesar suara stereo, inframerah, MIUI 14 berasaskan Android 13 dan hadir dalam 3 pilihan warna – ungu, hitam dan putih.

Redmi Note 13
Redmi Note 13
Redmi Note 13

Redmi Note 13 Pro

Redmi Note 13 Pro pula dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori RAM hingga 16GB dan pilihan storan hingga 512GB.

Redmi Note 13 Pro: Xiaomi releases first Snapdragon 7s Gen 2 smartphone with 200 MP camera and 1.5K OLED display - NotebookCheck.net News

Peranti ini dilengkapi skrin 6.67″ beresolusi 1220 x 2712p yang menyokong kadar segar semula 120Hz, dan sensor pengimbas cap jari di bawah skrin.

Untuk kamera, ia menyokong tetapan 3 kamera – 200MP Samsung ISOCELL HP3 utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto.

Peranti ini disokong bateri berkapasiti 5,100mAh, pengecasan pantas 67W, dikendalikan MIUI 14 berasaskan Android 13 dan hadir dalam 4 pilihan warna.

Redmi Note 13 Pro

Redmi Note 13

Redmi Note 13

 

Model standard siri Note 13 pula menggunakan cip Dimensity 6080, memori RAM LPDDR4 hingga 12GB dan pilihan storan UFS 2.2 hingga 256GB sahaja.

Selain itu, ia dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ beresolusi 1080 x 2400p yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1,000 nits

Peranti ini mempunyai sistem kamera – 100MP utama, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto. Tidak lupa juga bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Harga & Ketersediaan

Buat masa sekarang, ia hanya tersedia buat pasaran China terlebih dahulu. Namun, seperti siri Note 12 sebelum ini, ia mungkin akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Siri Redmi Note 13 dijual pada harga seperti berikut:

Redmi Note 13 Pro+:

  • 12/256GB – CNY 1,999 (~RM1,299.00)
  • 16/512GB – CNY 2,299 (~RM1,499.00)

Redmi Note 13 Pro pula dijual pada harga permulaan CNY 1,399 (~RM899.00). Sementara itu, model standard pula akan dijual pada harga permulaan CNY 1,099 (~RM699.00).

Beli Peranti Xiaomi di Shopee: https://invl.io/cljmlyt

Beli Peranti Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljmlz1

Berkaitan

  • Telefon ‘Struggle’ Nak Ambil Gambar Malam? Ini Solusinya
  • Pixel 9 Dikatakan Guna Cip Tensor G4 Yang Dihasilkan Samsung
  • Machines Tawar Diskaun Sehingga RM1,200 Untuk iPhone
  • Kemas Kini iOS 17.0.1 Dilepaskan Dengan Tiga Tampalan Keselamatan
  • China Rancang Larangan Aktiviti 'Cosplay'

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY