Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Rancang Larangan Aktiviti ‘Cosplay’

China Rancang Larangan Aktiviti ‘Cosplay’

Diterbitkan September 22, 2023 ยท Dikemas kini September 22, 2023 oleh ariff bukhari

China telah mencadangkan undang-undang untuk menghukum individu dengan hukuman penjara ke atas rakyatnya yang berpakaian “menyakitkan hati dan perasaan negara”.

Ia sebagai sebahagian daripada rang undang-undang keselamatan baharu yang akan dilaksanakan negara itu.

Larangan itu pula disasarkan secara khusus ke atas apa-apa yang berkaitan dengan Jepun iaitu aktiviti kostum ‘cosplay‘ dan kimono.

Ia ekoran daripada peningkatan populariti budaya cosplay Jepun di kalangan anak-anak muda dan remaja dalam negara itu.

Tentangan terhadap budaya dan pakaian Jepun juga dikaitkan dengan laporan berita bantahan China terhadap pembuangan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Seorang wanita China yang meminati manga pernah mendakwa dia telah ditahan Ogos lalu kerana memakai kimono dan dikutuk di media sosial sebagai tidak patriotik.

Pengawal keselamatan China pada tahun 2019 dahulu juga dilaporkan pernah bertindak menyerang seorang lelaki kerana melakukan perkara yang sama.

Pelaksanaan undang-undang baru itu nanti sekaligus akan menyaksikan rakyatnya tidak lagi boleh berpakaian seperti watak-watak anime di dalam negara itu pada masa hadapan.

Berkaitan

  • China Wajibkan 'Influencer' Ada Kelayakan Bila Bercakap Tentang Bidang Profesional
  • Logitech G Lancar 2 Mikrofon Baru Untuk Penstriman Dan Permainan
  • Machines Tawar Diskaun Sehingga RM1,200 Untuk iPhone

Sumber: iNews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY