Siri Redmi Note 13 Dilancar Dengan Harga Bermula RM749

Setelah pelancaran siri Redmi Note 13 di pasaran China pada September 2023 yang lepas, syarikat Xiaomi Malaysia membawa masuk peranti ini dengan 4 jenis variasi yang terdiri daripada Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.

Redmi Note 13




Untuk model standard ini, ia dikuasakan oleh Snapdragon 685 dengan sokongan daripada pilihan memori 6GB/8GB RAM LPDDR4X serta pilihan storan 128GB/256GB UFS 2.2. Ia juga menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13.

Telefon ini menggunakan skrin AMOLED FHD (2400 x 1080) 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Kapasiti bateri model standard ini ditetapkan kepada 5,000mAh dengan pengecasan 33W.

Redmi Note 13 5G




Untuk versi Redmi Note 13 5G ini pula, ia adalah sama dengan model standard di atas dari sudut paparan skrin, kamera dan bateri.

Namun begitu, perbezaannya terletak di cip pemprosesan iaitu MediaTek Dimensity 6080 dan hanya tersedia dengan variasi 8GB RAM + 256GB storan sahaja untuk pasaran Malaysia.

Kedua-dua model Redmi Note 13 dan Redmi Note 13 5G ini akan terjual dengan harga yang ditetapkan oleh pihak Xiaomi Malaysia seperti di bawah dengan hadiah Redmi Buds 4 Active yang bernilai RM119 bermula dari 20 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024.



{suggest}

Redmi Note 13 Pro 5G




Model Redmi Note 13 Pro 5G ini pula dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 7s Gen 2 yang digandingkan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan 256GB.

Paparan skrin yang digunakan pula adalah skrin AMOLED FHD 6.67 inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 120Hz.

Kelainan yang boleh dilihat bagi model standard dan Pro adalah dari sudut kameranya iaitu model Pro dan Pro+ disokong oleh kamera utama 200MP berbanding dengan model standard dan 5G menggunakan kamera utama 108MP.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Kapasiti bateri yang ditawarkan pula adalah 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Redmi Note 13 Pro+ 5G




Untuk peranti Redmi Note 13 Pro+ 5G ini, ia sama dengan model Pro dari sudut kamera dan paparan skrin.

Namun, cip pemprosesan ditukar kepada MediaTek Dimensity 7200 Ultra serta digandingkan dengan pilihan memori 8GB/12GB RAM LPDDR5 dan pilihan storan 256GB/512GB.

Dari sudut bateri pula, telefon ini ditetapkan kapasiti kepada 5,000mAh dengan sokongan pengecasan HyperCharge 120W.

Harga yang ditetapkan bagi model Redmi Note 13 Pro dan Pro+ ini adalah bermula RM1,399 dengan ganjaran hadiah bernilai RM248 bermula dari 20 Januari hingga 2 Februari 2024.



Anda boleh buat pembelian siri Redmi Note 13 di:

Shopee - https://invl.io/clkl1is

Lazada - https://invol.co/clkl1iz

Sumber: Siaran Media Xiaomi