Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Bangunkan Bateri Nuklear Dengan Hayat 50 Tahun

China Bangunkan Bateri Nuklear Dengan Hayat 50 Tahun

Diterbitkan Januari 15, 2024 · Dikemas kini Januari 15, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pemula China bernama Betavolt telah melancarkan bateri dengan hayat sehingga 50 tahun. Bateri yang dibangunkan dengan teknologi nuklear itu berpotensi untuk menguasakan peranti elektronik, terutamanya telefon pintar.

Menurut syarikat itu, bateri yang mereka namakan sebagai Betavolt BV100 adalah bateri nuklear yang boleh membekalkan kuasa kepada telefon pintar tanpa di cas selama 50 tahun.

Kejayaan utama firma itu dalam pembangunan bateri tersebut adalah keupayaan Betadot untuk mengecutkan tenaga atom, menguruskan untuk menyesuaikan 63 isotop nuklear ke dalam modul yang lebih kecil daripada duit syiling.

Kemajuan ini merupakan langkah utama ke hadapan dalam inovasi tenaga dan membuka kemungkinan untuk pelbagai aplikasi selain telefon pintar.

China Bangunkan Bateri Nuklear Dengan Hayat 50 Tahun
BV100 mengguna pelbagai material masuklah berlian untuk semikonduktornya.

Bateri nuklear Betavolt ini kemungkinan besar berpotensi digunakan dalam pelbagai bidang seperti telefon, dron, aeroangkasa, peralatan AI, peranti perubatan, mikropemproses, sensor canggih, dan robot kecil.

Sedang menjalani ujian rintis, sayrikat pemula menyasarkan untuk mengeluarkan bateri berkuasa 1-watt menjelang 2025.

Bateri nuklear Betavolt dilengkapi dengan ciri-ciri yang luar biasa, termasuklah ringan, mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang dan menawarkan ketumpatan tenaga yang tinggi.

Kebolehsuaiannya juga meluas ke suhu yang melampau, antara -60 hingga 120 darjah Celsius, menjadikannya sesuai untuk persekitaran yang pelbagai dan ekstrem.

Reka bentuk modularnya pula membolehkan sambungan pelbagai unit, berpotensi mempengaruhi teknologi automotif dan sistem AI.

Hampir dengan pengeluaran komersial, teknologi ini bukan sahaja memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk sumber tenaga yang tahan lama dan cekap tenaga tetapi juga berpotensi untuk mengubah industri yang bergantung kepada kuasa mudah alih.

Sekali gus menandakan permulaan era baru untuk penyelesaian tenaga yang mampan.

Berkaitan

  • Syarikat Pemula UK Tukarkan Najis Manusia Kepada Bahan Bakar Enjin Jet
  • Ini 5 Jenis Rekod Dunia Berkaitan Jalan Dan Lebuh Raya Yang Anda Tidak Tahu
  • Safee Sali Kini Di eFootball™ 2024, Pemain Malaysia Pertama Dalam Game Ini

Sumber:Toms Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY