Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaiju No. 8 THE GAME

Kaiju No. 8 THE GAME Akan Hadir Di Telefon Pintar Dan PC

Diterbitkan Jun 19, 2024 · Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda peminat siri manga dan anime Kaiju No. 8, anda pastinya teruja apabila versi permainannya pula diumumkan yang bakal hadir di platform mudah alih dan komputer.

Ia disahkan selepas akaun rasmi Kj8_TheGame di platform X berkongsikan treler yang mendedahkan projek itu sedang dalam pembikinan.

Judul permainan itu pula akan diedarkan oleh Akatsuki Games untuk platform peranti mudah alih dan PC, dengan kerjasama pengeluaran dan promosi daripada TOHO dan Production I.G.

Tiada tarikh keluaran diumumkan lagi, tetapi semakan di laman rasmi pembangunnya memaparkan mereka sedang giat mencari bakat dalam industri kreatif untuk menyertai pasukan pembangunan permainan ini.

Permainan ini apabila siap nanti akan boleh didapati melalui App Store, Google Play dan Steam.

Kaiju No. 8 berkisarkan tentang watak utamanya, Kafka Hibino yang boleh bertukar menjadi raksasa dikenali sebagai No. 8. Tapi pada masa yang sama dia menyertai pasukan pemusnah raksasa, The Defense Force bagi melindungi manusia.

Siri anime Kaiju No. 8 ini sedang ditayangkan di Netflix yang kini sudah mempunyai sebanyak 10 episod.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Uniqlo Meraikan Ulang Tahun Ke-25 One Piece Dengan Siri Grafik Baju-T Mengagumkan
  • Hot Wheels Akan Lancarkan Koleksi Ulang Tahun Ke-85 'Batmobile'

Sumber: Kj8_TheGame, Akatsuki Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY