Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri realme 9 Pro Ada Panel Belakang Boleh Ubah Warna, Akan Dilancar 16 Februari

Posted on Februari 3, 2022

Sudah menjadi satu trend tahun ini, siri realme 9 Pro kini diumumkan mempunyai panel belakang yang boleh berubah warna.

Seperti vivo V23 5G, panel belakangnya akan berubah apabila terkena sinaran UV. Untuk siri realme 9 Pro, realme menggelarkan teknologi tersebut sebagai “Light Shift Design” yang mana sama juga, akan berubah warna.

Katanya, teknologi mereka pada siri telefon tersebut membenarkan peranti dapat berubah warna pada kadar 40% lebih pantas.

Inspired by sunrise, #realme9ProSeries light shift design is born.⁰ From light blue to red, just like the sky from dusk to dawn. 💙 if you like. #CaptureTheLight pic.twitter.com/MixD12jjmV

— realme Global (@realmeglobal) February 2, 2022

Walaupun peranti terbaru realme ini bernama “Pro”, ia bukanlah sebuah telefon berkelas andalan. Sebaliknya, mereka hanyalah peranti dalam kelas pertengahan tetapi ia dikatakan hadir dengan kamera berkelas andalan.

Dari sudut spesifikasi, realme 9 Pro dijangka hadir dengan cip Snapdragon 695, skrin 120Hz, kamera utama 64MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Manakala realme 9 Pro+ pula, ia bakal didatangkan dengan cip Dimensity 920, kamera Sony IMX766 dengan OIS, skrin SUPER AMOLED 90Hz dan sokongan pengecasan pantas 60W.

Kedua-dua telefon tersebut akan dilancarkan pada 16 Februari ini dan mungkin akan tiba buat pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: gizmochina

Baca juga:

  • realme Buat ‘U-Turn’, Janji Berikan Android 12 Untuk realme Pad

  • realme 9i Mungkin Pilihan Terbaik Untuk ‘Gaming Bajet’

  • Salah Satu Telefon Siri realme Berjaya Cecah 40 Juta Unit Jualan, Berada Dikelompok 4 Teratas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress