Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Salah Satu Telefon Siri realme Berjaya Cecah 40 Juta Unit Jualan, Berada Dikelompok 4 Teratas

Posted on Januari 19, 2022

realme merupakan salah satu syarikat telefon pintar yang paling pantas mendaki carta jenama popular sejak daripada pengeluaran pertama mereka. Harini, realme telah mencecah jualan sebanyak 40 juta untuk siri realme Number.

Menurut Strategy Analytics, realme telah menjual sebanyak 40 juta unit siri realme Number untuk pasaran global menjadikan produk pertengahan mereka popular dalam kalangan anak muda di seluruh dunia.

Berdasarkan statistik tersebut juga, realme menduduki tangga keempat melepasi syarikat telefon pintar besar yang lain termasuk Samsung dan Xiaomi sejak 2018. Pengarah realme Malaysia. Crystal Gong berterima kasih dengan rakyat Malaysia kerana turut menjadi penyumbang kepada pencapaian ini. Dengan itu, realme telah menjadi antara 3 jenama telefon pintar yang popular di Malaysia.

Sebelum ini, hanya siri Samsung A,  siri Xiaomi Redmi, siri OPPO A dan siri vivo iQoo yang mampu mencapai sasaran ini untuk peranti Android. realme menjadi antara yang terpantas untuk mencecah nilai ini dengan mengambil masa selama 3 tahun setengah sahaja.

Sumber: Siaran akhbar realme

Baca juga:

  • Mungkin Siri Galaxy S22 Di Malaysia Guna Snapdragon 8 Gen 1
  • iPad Pro 2022 Mungkin Sokong Ciri MagSafe dan Gunakan Cip M2
  • Lagi Cerita Tentang Google Pixel ‘Fold’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress