Selepas aku selesai membuat reaksi awal realme 9i ini. Benda yang pertama aku buat dengan telefon ini adalah menguji keupayaan cipset yang digunakan pada telefon ini iaitu Snapdragon 680. Menurut realme cipset ini jauh lebih berkuasa dari generasi sebelumnya seperti Snapdragon 662 dan 660. Jadi disebabkan itu, aku tertanya-tanya bagaimana kemampuan cipset ini mampu pergi jika dibandingkan dengan kedua-dua cip tersebut.
Ujian Penanda Aras Snapdragon 680 Pada realme 9i
Untuk ujian ini seperti biasa aku akan menggunakan tiga aplikasi yang sering digunakan untuk menguji keupayaan sesebuah cipset tersebut. Tiga aplikasi tersebut ialah Antutu Benchmark, Geekbench dan 3DMark. Jadi ini adalah keputusan akhir untuk setiap ujian yang aku jalankan.
Antutu
Geekbench
3DMark
Daripada hasil ujian penanda aras di atas kita dapat tahu bahawa Snapdragon 680 mempunyai prestasi yang biasa sahaja dari segi CPU dan GPU. Kalau kita tengok kembali dari segi spesifikasi dalaman Snapdragon 680 dan 662. Ia hampir sama sahaja dari segi CPU dan GPU yang digunakan itu. Cuma perbezaanya disini adalah frekuensi yang digunakan pada Snapdragon 680 yang jauh lebih tinggi berbanding 662.
Selain itu, Snapdragon 680 dibina berasaskan teknologi 6nm. Jadi ia jauh lebih cekap tenaga dan ketahanan bateri telefon ini jauh lebih bagus dari mana-mana telefon yang menggunakan Snapdragon 662, 665 dan 660.
Bateri Tahan Lama
Cakap mengenai bateri realme 9i datang dengan bateri sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W atau realme gelarkannya sebagai 33W dart charging. Untuk ketahanan bateri, realme 6i mampu sahaja bertahan selama sehari dengan pengunaan yang biasa. Tetapi, kalau korang main game secara agresif tu, mungkin ia tak mampu bertahan lebih dari sehari.
Sejujurnya aku memang terkejut juga, melihat ketahanan bateri realme 9i ini. Tapi aku paham kenapa ia mampu bertahan agak lama. Pertama, ia mempunyai kapasiti bateri yang besar dan yang kedua pula, ia menggunakan cipset yang jimat tenaga iaitu Snapdragon 680 yang berasaskan 6nm punya cip.
Seperti korang semua tahu, lebih kecil saiz sebuah cip pemprosesan itu lebih jimat tenaga cipset tersebut. Jadi disebabkan itulah realme 9i ini mampu bertahan dengan lama.
Gaming di realme 9i
Beralih ke gaming, aku hanya uji telefon ini dengan dua permainan sahaja iaitu Genshin Impact dan Call Of Duty Mobile. Jadi seperti biasa di Genshin Impact, korang hanya boleh main dengan tetapan paling rendah dan kadar bingkai 30fps sahaja.
Aku tak letak harapan yang tinggi dengan cipset ini, tetapi apabila aku cuba main dengan tetapan seperti apa yang aku katakan di atas tadi. Telefon ini mampu memainkan Genshin Impact tanpa mengalami mana-mana masalah seperti kadar bingkai jatuh ataupun masalah stuttering.
Untuk Call Of Duty Mobile kalau korang nak main dengan tetapan yang tinggi, korang perlu main dengan tetapan Grafik very high dan kadar bingkai medium. Kalau korang nak main dengan kadar bingkai high, korang hanya boleh main dengan grafik low sahaja.
Call Of Duty Mobile ada dua mod permainan iaitu Battle Royale dan Multiplayer. Untuk Battle royale, semasa aku nak terjun dari kapal terbang ada sedikit penurunan dari segi kadar bingkai, tetapi itu hanya beberapa saat sahajalah. Selebihnya tu, tiada masalah apa-apa sangat. Untuk multiplayer pula, tiada masalah dari segi gameplay semua berjalan dengan lancar sahaja.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, cipset Snapdragon 680 ini memang jauh lebih bagus berbanding cip terdahulu seperti Snapdragon 665 dan 662. Walau bagaimana pun, ia tidak mampu memainkan permainan-permanan popular dengan tetapan yang lebih tinggi ataupun pertengahan. Kalau korang tidak kisah mengenai hal tersebut dan mempunyai bajet bawah dari RM1000. realme 9i ini memang sudah cukup memadai untuk penggunaan biasa dan untuk bermain game.