Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri realme 13 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 19 September 2024

Siri realme 13 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 19 September 2024

Diterbitkan September 6, 2024 oleh Rushsyafizal

realme bakal melancarkan siri serba baharu telefon pintar mereka, realme 13 Pro 5G Series, pada 19 September 2024.

Siri ini akan menampilkan dua model iaitu realme 13 Pro+ 5G dan realme 13 Pro 5G yang memfokuskan teknologi fotografi AI.

Untuk realme 13 Pro+ 5G, ia akan menampilkan sensor Sony LYT-701 yang pertama dalam industri, menawarkan sistem kamera dwi utama 50MP dengan OIS dan telefoto periskop 50MP.

Malah kamera ini juga disokong oleh sensor Sony LYT-600 dan zoom optik 3x, membolehkan pengguna menangkap imej berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi.

Siri realme 13 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 19 September 2024

realme 13 Pro 5G pula hadir dengan sensor Sony LYT-600 50MP serta OIS dan zoom 2x. Siri ini juga dilengkapi dengan sistem kamera HYPERIMAGE+ yang pertama dalam industri dengan teknologi AI 3 lapisan (flagship optik, algoritma pengimejan AI pada peranti, dan cloud-based pengeditan imej) untuk meningkatkan kejelasan dan kualiti imej.

Malah sebagai satu-satunya peranti dengan ciri AI Ultra Clarity iaitu ciri AI eksklusif untuk realme, siri ini memberikan hasil foto yang tajam dan jelas, walaupun pada zoom 10x.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.realme.com/my/.

Beli barisan telefon pintar realme dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllnoam
  • Lazada – https://invol.co/cllnoar

Sumber : Siaran Media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Acer Umum Projek 'DualPlay', Modifikasi Dari Komputer Riba Predator
  • Dapatkan Cenderamata Filem 'Transformers One', Eksklusif Di GSC
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion
  • Huawei TikTok Shop Akan Dilancar Pada 7 September Ini, Diskaun Sehingga RM900

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY