Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Umum Projek ‘DualPlay’, Modifikasi Dari Komputer Riba Predator

Acer Umum Projek ‘DualPlay’, Modifikasi Dari Komputer Riba Predator

Diterbitkan September 5, 2024 ยท Dikemas kini September 27, 2024 oleh Rushsyafizal

Acer mengumumkan beberapa produk menarik di IFA Berlin Jerman hari ini, dan antara yang paling mencuri perhatian adalah konsep komputer riba yang dipanggil sebagai “Projek DualPlay.”

Acer mendakwa, konsep ini akan memberi pemain lebih banyak cara untuk bermain ketika bergerak, namun reka bentuknya membuatkan kita tertanya-tanya, dengan nama yang diberikan.

Project DualPlay adalah hasil modifikasi komputer riba Predator, di mana Acer menambah ruang khas di bawah papan kekunci untuk menyimpan alat kawalan permainan (gamepad) buatan khas mereka.

Acer Umum Projek ‘DualPlay’, Modifikasi Dari Komputer Riba Predator
Acer Umum Projek ‘DualPlay’, Modifikasi Dari Komputer Riba Predator

Bahagian belakang alat kawalan ini juga berfungsi sebagai trackpad. Terdapat butang di atas papan kekunci yang apabila ditekan, akan melepaskan alat kawalan dan menyebabkan dua pembesar suara 5W muncul dari sisi.

Menariknya, alat kawalan tersebut boleh dipecahkan menjadi dua gamepad, ala Nintendo Switch.

Menurut Acer, ciri ini membolehkan pemain kedua turut serta dengan mudah seperti bermain bersama permainan penembak pandang pertama (first-person shooter), sukan, dan permainan lawan seperti Street Fighter 6.

Walaupun konsep ini menarik, ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab, terutama mengenai kualiti alat kawalan serta keselesaan bermain kerana berkongsi dengan pihak kedua.

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia
  • Aplikasi GO Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan
  • iPhone SE 4 Dijangka Dilengkapi Panel OLED, 2 Pembekal LCD Akan Terkesan
  • "Dragon Ball" Akan Kembali Oktober Ini, Tonton Treler Rasmi Sekarang
  • Google 'Circle to Search' Tambah Sokongan Carian Lagu Seakan Shazam

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY