Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV 2

Siri realme 13 5G Dengan Cip MediaTek Dimensity Bakal Masuk Malaysia Pada 17 Oktober

Diterbitkan Oktober 7, 2024 oleh Rushsyafizal

Pada september lepas realme telah melancarkan siri realme 13 pro dan 13 pro+. Kini, realme bakal melancarkan siri realme 13 5G dan realme 13+ 5G pada 17 Oktober 2024. Namun kali ini, siri tersebut menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity.

realme 13+ 5G menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 7300 Energy, yang menampilkan teras 4x 2.5GHz A78, cip 4nm ini mencapai skor penanda aras AnTuTu yang melebihi 750,000.

Sementara itu, realme 13 5G menggunakan pemproses Dimensity 6300, kedua-dua varian ini direka khusus untuk pemainan, dengan sokongan kadar bingkai 90fps untuk permainan seperti Call of Duty Mobile dan PUBG, serta 120fps untuk Honor of Kings.

Selain itu, realme 13+ 5G dilengkapi dengan kawasan penyejukan VC keluli tahan karat seluas 6050mm², yang dikatakan mampu mengurangkan suhu sehingga 19°C di kawasan teras, manakala realme 13 5G mempunyai kawasan penyejukan seluas 2249mm². realme 13+ 5G hadir dengan pengecasan ultra 80W, sementara realme 13 5G dilengkapi pengecasan ultra 45W.

Tambahan lagi, realme juga menjalin kerjasama dengan Honor of Kings sebagai telefon rasmi untuk 2024 Honor of Kings Championship.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Apple Dijangka Perkenal Mac Mini Baharu Dan iPad Mini Seawal 1 November
  • Telegram Boleh Dijadikan Platform Pengesahan Nombor Telefon Pelanggan Untuk Akaun Perniagaan
  • Tencent Dan Keluarga Guillemot Pertimbang Ambil Alih Syarikat Ubisoft
  • Infinix HOT 50 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga RM599

Sumber : Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY