Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix HOT 50 5G – KV

Infinix HOT 50 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga RM599

Diterbitkan Oktober 7, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix baru sahaja melancarkan Infinix HOT 50 5G di Malaysia dengan membawa prestasi 5G ke dalam telefon pintar mampu milik.

Infinix HOT 50 5G – Infographic

Telefon pintar ini hanya tersedia untuk varian 256GB + 8GB (16GB RAM tambahan) yang dikuasakan pemproses MediaTek Dimensity 6300 yang menjamin prestasi cemerlang untuk pengguna yang gemar gaming, penstriman, dan multitugas.

Menampilkan reka bentuk ultra nipis 7.88mm dan skrin 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, ia memastikan visual yang lancar. Bateri juga dibekalkan 5,000mAh bersama pengecasan 18W. Selain itu, teknologi AI pada peranti ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan ciri-ciri seperti AI Voice Capture dan AI Creation.

Dengan harga RM599, Infinix HOT 50 5G tersedia dalam beberapa pilihan warna — Sleek Black, Vibrant Blue, Sage Green dan Dreamy Purple.

Infinix HOT 50 5G tersedia di Shopee bermula 7 hingga 15 Oktober 2024 dengan hadiah eksklusif iaitu XBuds 3 WE yang berharga RM99. Selepas tarikh tersebut, pengguna boleh mendapatkannya di platform rasmi seperti Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah Infinix Malaysia.

Beli Infinix HOT 50 5G di :

Shopee – https://invl.io/cllrk37

Lazada – https://invol.co/cllrk3b

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Apple Dijangka Perkenal Mac Mini Baharu Dan iPad Mini Seawal 1 November
  • Google Bertindak Buang Aplikasi Kaspersky Daripada Play Store
  • Telegram Boleh Dijadikan Platform Pengesahan Nombor Telefon Pelanggan Untuk Akaun Perniagaan
  • Tencent Dan Keluarga Guillemot Pertimbang Ambil Alih Syarikat Ubisoft

Sumber : Siaran media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY