Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 13 siri

Siri realme 13 Dijual Pada Harga Bermula RM1,999

Diterbitkan September 19, 2024 · Dikemas kini September 19, 2024 oleh Amsyar Latif

Siri realme 13 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan menampilkan dua model, realme 13 Pro 5G dan realme 13 Pro+ 5G. Ia dijual pada harga bermula RM1,999.

realme 13 Pro 5G dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 2 dengan 12GB RAM serta 512GB storan dalaman. Ia hadir dengan skrin 6.7 inci OLED FHD+ 120Hz dengan kecerahan maksimum 2000nits, paparan 1.07 bilion warna dan gamut warna 100% DCI-P3. Sementara, bateri dibekalkan 5200mAh dengan sokongan pengecasan 45W.

realme 13 pro

Dari sudut fotografi, peranti ini menawarkan lensa 50MP utama dengan sensor Sony LYT-600 OIS, 8MP ultra lebar dan juga 32MP swafoto.

realme 13 pro+

Untuk realme 13 Pro+ 5G pula, ia mirip sahaja dengan versi pro. Perbezaan terletak pada kelajuan mengecasnya, iaitu 80W dan tetapan kamera belakang.

Versi ini menampilkan kamera utama 50MP Sony LYT-701 OIS, 8MP ultra lebar dan juga 50MP Sony LYT-600 periskop. Lensa swafoto sama sahaja dengan versi pro.

Lain-lain adalah seperti pembesar suara stereo, penarafan IP65 kalis debu dan air serta menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Harga

realme 13 Pro 5G hadir dengan dua pilihan warna – Monet purple dan Emerald green. Ia dijual pada harga RM1,999 (12+512GB).

realme 13
realme 13

Manakala, realme 13 Pro+ 5G mempunyai pilihan warna Monet gold dan Emerald green. Dari segi harga, hanya RM2,299 (12+512GB).

Siri realme 13 bakal tersedia bermula esok, 20 September 2024.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllpjfm

Lazada – https://invol.co/cllpjft

Berkaitan

  • realme Perkenal Teknologi 320W SuperSonic - Pengecasan Penuh Dalam 4 Minit, 30 Saat
  • Mungkin Ini Spesifikasi realme GT7 Pro, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 4
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY