Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Discover Your Awesome Cup of Personality_KV

Samsung Tawar Waranti Lanjutan Percuma Untuk Pembelian Siri Galaxy A

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Athirah Isa

Siri Samsung Galaxy A menerusi A35 5G dan A55 5G telah pun dilancarkan beberapa bulan lepas dengan harga RM1,699 dan RM1,999 masing-masing.

Terbaru, Samsung menawarkan promosi menarik kepada pembeli yang membeli telefon siri Galaxy A tersebut.

Berikut merupakan promosi untuk Siri Galaxy A Samsung:

Galaxy A55 5G (256GB) – RM1,999

  • Galaxy Buds FE percuma bernilai RM399.
  • Waranti lanjutan 1 tahun percuma bernilai RM129.
  • Nikmati rebat sehingga RM300.
  • Nikmati pembelian dengan diskaun sehingga 30% seperti Galaxy Fit3 terkini dan aksesori berjenama Samsung terpilih.

Galaxy A35 5G (256GB) – RM1,699

  • Waranti lanjutan 1 tahun percuma bernilai RM129.
  • Nikmati rebat sehingga RM300.
  • Nikmati pembelian dengan pembelian sehingga 30% diskaun seperti Galaxy Fit3 terkini dan aksesori berjenama Samsung terpilih.

Imbas kembali, Galaxy A55 dikuasakan oleh cip Exynos 1480 dan disokong oleh 12GB RAM + 256GB storan serta skrin jenis Super AMOLED 6.6 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080)dan kadar segar semula 120Hz.

Kamera pula terdiri daripada 50MP utama, 12MP ultra lebar, 5MP makro dan 32MP swafoto. Bagi kapasiti bateri pula adalah 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 25W.

Sementara, Galaxy A35 ini pula hanya mempunyai perbezaan dari sudut penggunaan cip iaitu Exynos 1380 dan kameranya yang terdiri daripada 50MP utama, 8MP ultra lebar, 5MP makro dan 13MP swafoto.

Beli produk siri Samsung Galaxy A di:

Shopee – https://invl.io/clkuhe2

Lazada – https://invol.co/clkuhe6

{suggest}

Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY