Siri OPPO Reno10 Mula Dijual 15 Julai Ini, Ganjaran Hingga RM1,390

Siri OPPO Reno10 telah dilancarkan pada minggu lepas dan memperkenalkan 3 model - OPPO Reno10, Reno10 Pro dan Reno10 Pro+.

Bagi memeriahkan lagi, OPPO menganjurkan jerayawara OPPO Reno10 Series First Sale yang telah bermula pada hari ini hingga 17 Julai nanti. Pembaca boleh menghadiri acara ini yang bertempat di Center Court, Level Concourse, Suria KLCC.


Peluang Untuk OPPO Reno10


Pengunjung berpeluang untuk memenangi OPPO Reno10 serba baru dengan cara yang mudah sahaja.

Pertama, Anda perlu menangkap apa-apa sahaja gambar yang cantik menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G.

oppo reno10

Kemudian, muat naik hasil gambar anda itu di instagram bersama dengan hashtag #OPPOReno10Series5GKLCC dan #ThePortraitExpert.

Seterusnya, cetakkan hasil gambar itu untuk melengkapkan penyertaan anda. Berikut adalah tawaran hadiah yang diberikan mengikut kategori:

3x pemenang telefoto terbaik dengan orang ramai

  • OPPO Reno10 5G yang benilai RM1,799


3x pemenang potret terbaik

  • OPPO Pad Air (4GB + 64GB) yang benilai RM1,099


4x pemenang hadiah istimewa

  • OPPO Enco Air3 yang bernilai RM249


{suggest}

Ganjaran Hingga RM1,390 Dalam Pembelian Siri OPPO Reno10


Selain peraduan di atas, OPPO juga menawarkan ganjaran dan hadiah menarik dalam setiap pembelian siri OPPO Reno10 sepanjang jerayawara ini berlangsung.

Pembelian OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) akan dapat ganjaran percuma - OPPO Enco Air3, 1 tahun pelan perlindungan skrin, 1 tahun penambahan waranti dan banyak lagi dengan nilai keseluruhan RM1,390.



Untuk Reno10 Pro 5G (12GB + 256GB) pula, OPPO menawarkan ganjaran seperti OPPO Enco Buds2, Reno Phone Case, Ollie Stand dan lain-lain yang berjumlah RM1,000.

Sementara itu, setiap OPPO Reno10 5G (8GB + 256GB), anda akan dapat hadiah penambahan waranti 1 tahun percuma, pembesar suara bluetooth dan lain-lain dengan nilai keseluruhan RM732.

Jadi, jangan lupa untuk menghadiri dan memeriahkan jerayawara siri OPPO Reno10 di KLCC nanti.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO