Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft X activision blizzard

Akhirnya Pembelian Microsoft Ke Atas Activision Blizzard Direstui

Diterbitkan Julai 12, 2023 oleh Firdaus

Selepas setahun berjuang mempertahankan pemerolehan mereka ke atas studio Activision Blizzard, akhirnya Microsoft berjaya memenangi perbicaraan melawan FTC.

Akhirnya Pembelian Microsoft Ke Atas Activision Blizzard Direstui

Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat menolak dan melawan keputusan Microsoft untuk membeli studio games itu.

Hal ini demikian kerana pihak FTC risau akan kestabilan dan industri permainan video akan terganggu akibat daripada pembelian tersebut.

Selain itu, pembelian Microsoft ke atas Activision Blizzard adalah transaksi paling mahal sekali dalam industri ini. Ia mencecah USD68.7 bilion (~RM320.83).

Mahkamah Berpihak Kepada Microsoft

Dalam keputusan yang dikemukakan hakim Corley, beliau menyatakan:

“Microsoft’s acquisition of Activision has been described as the largest in tech history. It deserves scrutiny. That scrutiny has paid off.”

Dek kerana magnitud transaksi ini yang besar, hakim menegaskan bahawa satu penelitian penuh perlu dibuat ke atas urusniaga ini.

Tambah beliau lagi:

“For the reasons explained, the Court finds the FTC has not shown a likelihood it will prevail on its claim this particular vertical merger in this specific industry may substantially lessen competition.”

Pihak FTC Amerika tidak dapat menunjukkan satu bukti kukuh atas tuduhannya yang pemerolehan Microsoft ke atas Activison Blizzard ini akan mengganggu pasaran permainan video.

Akhirnya Pembelian Microsoft Ke Atas Activision Blizzard Direstui

Menariknya lagi, Microsoft telah berjaya membuktikan pengguna akan lebih mudah untuk akses francais Call of Duty dan games Activision yang lain.

Respon Microsoft Kepada Kemenangan Ini

CEO Microsoft Gaming, Phil Spencer:

1/We're grateful to the court for swiftly deciding in our favor. The evidence showed the Activision Blizzard deal is good for the industry and the FTC’s claims about console switching, multi-game subscription services, and cloud don’t reflect the realities of the gaming market.

— Phil Spencer (@XboxP3) July 11, 2023

Beliau cukup gembira kerana keputusan mahkamah berpihak kepada mereka. Selain itu, beliau menegaskan tuduhan yang dibuat oleh pihak FTC adalah tidak benar dan tidak menggambarkan realiti sebenar industri gaming.

Pihak FTC Tetap Tidak Berputus Asa

Jurucakap FTC, Douglas Farrar menyatakan pihaknya sedang merancang tindakan lanjut yang bakal diambil FTC ke atas keputusan mahkamah itu.

Berkaitan

  • CEO TM Dinobat Sebagai "CEO Of The Year" Di Anugerah PC.com 2023
  • Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif
  • YouTube Uji Ciri 'Lock Screen' Untuk Pengguna Premium
  • Dasar Pendidikan Digital Negara Akan Dilaksana Segera
  • MediaTek Perkenal Dimensity 6100+ Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Tambah beliau lagi, keputusan tersebut merupakan ancaman kepada persaingan sihat dan terbuka yang ada dalam industri gaming ketika ini.

Pihak FTC akan mengemukakan langkah-langkah mereka yang seterusnya dalam beberapa hari lagi.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY