Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macOS Sonoma Hanya Menyokong Model Komputer Macintosh Tertentu

Jualan PC Menjunam Tapi Tidak Pada Komputer Apple – IDC

Diterbitkan Julai 12, 2023 · Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan terbaru yang diterbitkan oleh Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) menunjukkan, di tengah-tengah pasaran PC yang semakin lemah, Apple menyaksikan peningkatan mendadak dalam bahagian pasaran PC global untuk suku kedua 2023.

Apple menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 10.3%, sekaligus menjadikannya sebagai satu-satunya pengeluar PC daripada lima teratas di seluruh dunia yang menunjukkan keputusan positif.

Komputer Macintosh (Mac) Apple kini menyumbang sebanyak 8.6% daripada bahagian pasaran global selepas menghantar sejumlah 5.3 juta unit Mac pada suku kedua tahun 2023.

Berbeza dengan 4 pengeluar PC utama iaitu Lenovo, HP, Dell dan Acer yang didapati semuanya mengalami penurunan pertumbuhan, menurut IDC.

Acer adalah yang paling ketara ketinggalan dengan penurunan sebanyak 19.2% tahun ke tahun. Manakala HP berjaya kekal mendatar selepas menghantar 13.4 juta unit pada suku kedua 2023, berbanding 13.5 juta unit dalam tempoh setahun lalu.

IDC kOMPUTER

Keputusan itu  menunjukkan bahawa, pengguna terus setia terhadap komputer Apple dan gembira dengan peralihan Mac daripada menggunakan cip Intel kepada cip Apple sendiri.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • Beli Telefon iQOO Dan Dapat Hadiah Percuma Bernilai Hingga RM278

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY