Beli Telefon iQOO Dan Dapat Hadiah Percuma Bernilai Hingga RM278

Bermula 10 hingga 30 Julai ini, iQOO menawarkan promosi menarik untuk kesemua barisan telefon pintar mereka. Setiap pembelian iQOO 11, dan siri iQOO Z7 akan mendapat hadiah percuma bernilai hingga RM278.



Jenama ini menawarkan iQOO Cooling Back Clip Pro dan Screen Protector percuma kepada anda dalam setiap pembelian peranti iQOO 11 (RM3,499).

Untuk pilahan yang lebih mesra bajet, anda boleh mempertimbangkan siri iQOO Z7. Setiap pembeliannya (RM1,499) layak mendapat hadiah percuma seperti iQOO Wireless Active dan Screen Protector yang bernilai RM218.

Sementara itu, iQOO Z7x (RM1,199) menawarkan hadiah percuma iQOO Game Finger Sleeves yang bernilai RM29.

{suggest}

Tawaran promosi ini hanya sah eksklusif untuk pembelian di vivo Concept Store, Pavillion Kuala Lumpur sahaja. Jadi jangan ketinggalan mendapatkan peranti iQOO ketika promosi ini berlangsung.

Sumber: Siaran Akhbar iQOO