Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (49)

Siri Motorola Edge 50 Rasmi – Snapdragon 8s Gen 3, Skrin Dan Kamera Pantone™

Diterbitkan April 17, 2024 · Dikemas kini April 18, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Motorola telah melancarkan siri telefon pintar yang terbaru iaitu siri Motorola Edge 50 dan ia merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menerapkan teknologi kecerdasan buatan untuk kamera berasaskan Pantone™ Validated, sistem padanan warna.

Siri ini terdiri daripada tiga model iaitu Motorola Edge 50 Ultra, Motorola Edge 50 Pro dan Motorola Edge 50 Fusion.

Motorola Edge 50 Ultra

Screenshot 2024-04-17 095535

Model Edge 50 Ultra ini hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan sokongan memori 16GB RAM dan storan 1TB. Skrinnya pula adalah jenis vivid pOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi Super HD 1220p.

Untuk kamera pula, ia terdiri daripada 50MP utama, 64MP telefoto, 50MP ultra lebar dan 50MP swafoto. Ciri tambahan yang disertakan adalah Adaptive Stabilization, Auto Focus Tracking, Action Shot dan Long Exposure.

Model ini juga hadir dengan kapasiti bateri 4,500mAh dan pengecasan berwayar 125W dan wayarles 50W.

Buat pengetahuan, peranti ini adalah pertama di dunia yang mempunyai penarafan warna Pantone™ bagi skrin dan kamera.

Motorola Edge 50 Pro

Screenshot 2024-04-17 095511

Bagi model 50 Pro ini pula, ia dikuasakan dengan Snapdragon 7 Gen 3 dan digandingkan bersama memori 12GB RAM dan storan 512GB.

Telefon ini juga dilengkapi paparan pOLED 6.7 inci dengan resolusi Super HD dan kadar segar semula 144Hz.

Kameranya terdiri daripada lensa 50MP utama, 10MP telefoto, 13MP ultra lebar dan 50MP swafoto.

Sama seperti model 50 Ultra, ia juga mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh dan pengecasan berwayar 125W dan wayarles 50W.

Motorola Edge 50 Fusion

Screenshot 2024-04-17 095445

Model yang terakhir ini dilengkapi dengan penguasaan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan 256GB UFS 2.2.

Skrin telefon ini hadir dengan jenis pOLED juga pada saiz 6.7 inci dan berkadar segar semula 120Hz.

Telefon ini juga lengkap dengan kamera utama 50MP, 13MP ultra lebar dan 32MP swafoto. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Samsung Tawar Galaxy S23 Ultra Dan Monitor Odyssey OLED G9 Pada Harga Mampu Milik
  • Adobe Tayang AI Generatif Terbaru Untuk Premiere Pro, Jadikan Kerja Suntingan Video Lebih Pantas Dan Mudah

Tambahan lagi, ketiga-tiga model ini juga dilengkapi dengan penarafan IP68, Moto AI serta akses kepada ciri suntingan seperti Magic Editor, Magic Eraser, Photo Unblur dan lain-lain.

Untuk ketersediaan, siri Motorola Edge 50 ini telah rasmi dihantar ke pasaran seluruh Asia, Eropah, Amerika Latin dan Oceania. Harga yang ditetapkan adalah seperti di bawah.

  • Motorola Edge 50 Ultra = EUR999 (~RM5,070.15)
  • Motorola Edge 50 Pro = EUR699 (~RM3,547.25)
  • Motorola Edge 50 Fusion = EUR399 (~RM2,024.75)

Sumber: Motorola

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY