Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-12T165604.023

Siri iQOO Neo9S Pro Kini Rasmi Di China, Guna Dimensity 9300+

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah satu tahun siri iQOO Neo tergantung di siri iQOO Neo8, kini vivo telah memperkenalkan model terbaru dalam barisan tersebut dengan siri iQOO Neo9S yang hanya tersedia untuk pasaran di China sahaja buat masa sekarang.

Siri iQOO Neo9S Pro Kini Rasmi Di China, Guna Dimensity 9300+
iQOO Neo9S Pro+
Siri iQOO Neo9S Pro Kini Rasmi Di China, Guna Dimensity 9300+
iQOO Neo9S Pro

Sebagai permulaan, iQOO Neo9S Pro dikuasakan dengan Dimensity 9300+ (3.4GHz) yang disokong GPU Immortalis-G720 manakala model Pro+ hadir dengan Snapdragon 8 Gen 3 (3.3GHz) serta GPU Adreno 750.

Kedua-duanya menggunakan memori jenis LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Skrin juga sama untuk kedua-dua model iaitu AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2800 x 1260 dan kadar segar semula 144Hz.

Tidak terkecuali dari sudut kamera, siri Neo9S Pro ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP (f/1.88), ultra lebar 50MP (f/2.0) dan swafoto 16MP (f/2.45).

Perbezaan lain terletak pada bateri yang mana kapasiti Neo9S Pro adalah 5,160mAh dan Neo9S Pro+, 5,500mAh dengan kedua-duanya mempunyai kuasa pengecasan 120W.

Pada hujung tahun lepas juga, vivo telah hadirkan siri iQOO Neo9 yang juga terdiri daripada dua model iaitu standard dan Pro.

Siri iQOO Neo9S Pro Kini Rasmi Di China, Guna Dimensity 9300+
iQOO Neo9 Pro
Siri iQOO Neo9S Pro Kini Rasmi Di China, Guna Dimensity 9300+
iQOO Neo9

Untuk model standard, ia dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 2 (3.2GHz) dan GPU Adreno 740 manakala model Pro menggunakan Dimensity 9300 (3.25GHz) serta GPU Immortalis-G720.

Sama seperti dua model Neo9S Pro, telefon-telefon ini hadir dengan memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Begitu juga dengan skrin dan bateri, masih menerapkan penggunaan jenis AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2800 x 1260 dan kadar segar semula 144Hz serta bateri berkapasiti 5,160mAh dengan pengecasan 120W.

Spesifikasi kamera juga sama dengan siri Neo9S Pro tapi berbeza untuk kamera ultra lebar bagi model iQOO Neo9 kerana ia hanya menggunakan lensa 8MP.

Harga rasmi untuk varian 12GB + 256GB bagi setiap model di atas adalah seperti di bawah.

  • iQOO Neo9 = CNY2,299 (~RM1,478)
  • iQOO Neo9 Pro (16GB+512GB) = CNY3,299 (~RM2,122)
  • iQOO Neo9S Pro = CNY2,799 (~RM1,800)
  • iQOO Neo9S Pro+ = CNY2,999 (~RM1,929)

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Apple Sedang Bangunkan Ciri Sembang Audio Berkumpulan Tanpa Perlu Servis Rangkaian Atau WiFi
  • Apple Mudahkan Anda Pindahkan Fail Google Photos Ke iCloud Photos
  • Pengecas Super V4 Tesla Akan Dibuka Di Pulau Pinang, Cas 15 minit Dapat 282 Km
  • Tesla Model 3 Baharu Dan SUV Model Y Kini Boleh Dimiliki Serendah RM81 Sehari Selama 5 Tahun

Sumber: vivo 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY