Meta Perkenal Ciri Halang Perbualan 'Mencurigakan' Antara Pengguna Dewasa Bersama Remaja

Golongan remaja pada masa kini bergiat aktif di dalam ruangan media sosial oleh kerana dapat memperluaskan lagi dunia komunikasi mereka. Namun, keselamatan menjadi kurang terjamin kerana ada sesetengah daripada mereka pernah menerima mesej-mesej yang mencurigakan daripada orang dewasa.

Oleh sebab itulah, Meta memutuskan untuk melindungi keselamatan golongan di bawah umur ini secara tetapan lalai kepada akaun Facebook remaja. Tetapan ini adalah untuk mengehadkan kemungkinan untuk pengguna dewasa menghantar mesej yang mencurigakan di akaun Instagram dan Facebook.

Di Facebook, tetapan ini akan terus ditetapkan kepada mana-mana pengguna remaja yang berumur 16 tahun dan ke bawah. Dengan perubahan ini, mana-mana muat naik status atau gambar, senarai kawan dan yang mengikuti akan dimasukkan ke dalam tetapan privasi yang lain.

Tetapan baru ini akan diaktifkan secara automatik untuk pengguna remaja yang baharu manakala yang sedia ada perlu mengaktifkannya sendiri. Kemas kini tetapan tersebut telah dibuat oleh Instagram sejak tahun lepas. Mana-mana akaun pengguna remaja yang baharu akan bertukar menjadi 'private' secara lalai.

Terdapat beberapa perubahan tambahan yang Meta lakukan untuk mengukuhkan lagi keselamatan pengguna golongan remajanya.

Perubahan yang dilakukan pada Facebook ini adalah dengan menghalang akaun-akaun ini daripada memasuki bahagian 'people you may know'. Selain daripada itu, butang mesej yang ada pada akaun profil Instagram bagi pengguna remaja akan dibuang.

{suggest}

Syarikat ini menyatakan bahawa tindakan ini tidak akan sepenuhnya mengenal pasti mana-mana pengguna yang 'mencurigakan'.

Namun, Meta akan fokus kepada akaun-akaun yang pernah dihalang atau dilaporkan oleh akaun pengguna remaja.

Tindakan ini telah digabungkan bersama Pusat Kebangsaan bagi Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) di platform secara global. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang perkongsian gambar tanpa izin yang berunsurkan lucah kepada remaja.

Menurut salah seorang wakil daripada Facebook, sistem ini akan membenarkan remaja untuk melaporkan secara privasi mengenai gambar yang mereka terima dan tidak mahu dikongsikan.

Gambar yang dilapor itu akan dimasukkan ke dalam data asas supaya syarikat seperti Facebook boleh memadankan gamabr tersebut untuk dikongsi kepada platform mereka. Wakil mereka juga menyatakan bahawa gambar asli yang dilaporkan tidak akan dipadam dari peranti pengguna remaja berkenaan.

Sumber: Endgadget